SPI Bil.04/1993 Pekeliling Taklimat Oleh Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian Dan Sekolah Kepada Agensi-Agensi Kerajaan Atau Swasta

Taklimat Oleh Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan DaerahBahagian Dan Sekolah Kepada Agensi-Agensi Kerajaan Atau Swasta

 

Tujuan Pekeliling Taklimat Oleh Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian Dan Sekolah Kepada Agensi-Agensi Kerajaan Atau Swasta dikeluarkan

Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memberitahu taklimat oleh jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah/bahagian dan sekolah kepada agensi-agensi kerajaan atau swasta dikeluarkan.

Latar Belakang

Kementerian Pendidikan telah dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian dan sekolah ada kalanya telah diminta untuk menyampaikan taklimat mengenai perkembangan dan kemajuan pendidikan di peringkat Negeri, Daerah/Bahagian dan Sekolah oleh agensi-agensi kerajaan atau swasta. Majlis taklimat yang diadakan adalah difahamkan telah disampaikan kepada Menteri-Menteri, TimbalanTimbalan Menteri daripada Kementerian-Kementerian lain dan juga kepada PengarahPengarah daripada Syarikat-Syarikat Swasta.

Usaha yang dilakukan bagi menyampaikan taklimat tersebut amat dihargai. Namun begitu, Kementerian Pendidikan merasa dukacita kerana ada di antara maklumat yang disampaikan didapati lebih terkini sedangkan pihak pengurusan di Kementerian  Pendidikan tidak mengetahuinya.

Perhatian

Sehubungan itu sekiranya Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian dan Sekolah hendak mengadakan majlis taklimat kepada mana-mana agensi kerajaan atau swasta maka permohonan untuk mendapatkan kebenaran serta kelulusan perlulah diusahakan terlebih dahulu daripada Kementerian Pendidikan dengan menyatakan butir-butir taklimat yang akan diadakan. Permohonan Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian dan sekolah hendaklah dibuat melalui Jabatan Pendidikan Negeri masingmasing.

Pelaksanaan

Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua sekolah menengah dan rendah di negeri tuan.

SPI Bil.04/1993 Pekeliling Taklimat Oleh Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian Dan Sekolah Kepada Agensi-Agensi Kerajaan Atau Swasta

Secara ringkasnya, pekeliling ini memberitahu taklimat oleh jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah/bahagian dan sekolah kepada agensi-agensi kerajaan atau swasta dikeluarkan.

Nama Pekeliling : Apa Taklimat Oleh Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian Dan Sekolah Kepada Agensi-Agensi Kerajaan Atau Swasta

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.04/1993 Pekeliling Apa Taklimat Oleh Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian Dan Sekolah Kepada Agensi-Agensi Kerajaan Atau Swasta

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Vote 5 Stars

Add Comment

error: Content is protected !!