SPI Bil.03/2011 Pekeliling Peraturan Berkenaan Rambut dan Pemakaian Steel Bangle (Kara) Oleh Murid-murid Berketurunan Sikh

Peraturan Berkenaan Rambut dan Pemakaian Steel Bangle (Kara) Oleh Murid-murid Berketurunan Sikh

 

Tujuan Pekeliling Peraturan Berkenaan Rambut dan Pemakaian Steel Bangle (Kara) Oleh Murid-murid Berketurunan Sikh dikeluarkan

Surat Pekeliling Ikhtisas ini bertujuan untuk memaklumkan kepada semua Pengarah Pelajaran Negeri, Pegawai Pelajaran Daerah serta semua Pengetua dan Guru Besar akan persetujuan Kementerian Pelajaran Malaysia terhadap peraturan berkenaan rambut dan pemakaian Steel Bangle (Kara) oleh murid keturusan Sikh.

Latar Belakang

Pada dasarnya tujuan garis panduan serta peraturan bagi pakaian serta kekemasan diri murid di dekolah adalah untuk keseragaman dan tidak dibezakan bedasarkan kaum. Namun, Kementerian Pelajaran Malaysia juga amat memahami akan sensitiviti terhadap keperluan agama, adat serta kepercayaan sesuatu kaum di negara ini. Bagi murid-murid berketurunan Sikh, adalah tidak dilarang sekiranya meraka memakai Serban atau Jura mengikut kepercayaan dan agama meraka semasa di sekolah. Dalam hal yang demikian, murid-murid lelaki, guru-guru dan kakitangan lain berketurunan Sikh boleh berambut panjang jika mereka memakai Serban atau Jura tetapi yang tidak beserban atau memakai Jura, peraturan mengenai rambut adalah tertakluk kepada arahan Surat pekeliling Ikhtisan Bil. 2/1976. Dalam hal ini juga, peraturan bagi penyimpan misai dan janggut semua murid masih tertakluk kepada arahan surat pekeliling tersebut.

Pemakaian

Kementerian Pelajaran Malaysia juga bersetuju membenarkan pemakaian Steel Bangle (Kara) oleh murid-murid, guru-guru dan kakitangan lain yang berketurunan Sikh bedasarkan pegangan agama bagi kaun Sikh. Namun begitu bagi murid-murid sekolah berketurunan Sikh, kebenaran ini adalah tertakluk sekiranya pemakaian Steel bangle (Kara) dikhendaki oleh ibu bapa mereka.

Pelaksanaan

Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan adalah dipohon untuk mengambil tindakan sewajarnya serta memaklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisan ini kepada pagawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, Pengetua dan Guru Besar di bawah pentadbiran Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan.

 

SPI Bil.03/2011 Pekeliling Peraturan Berkenaan Rambut dan Pemakaian Steel Bangle (Kara) Oleh Murid-murid Berketurunan Sikh

Secara ringkasnya, pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan kepada semua Pengarah Pelajaran Negeri, Pegawai Pelajaran Daerah serta semua Pengetua dan Guru Besar akan persetujuan Kementerian Pelajaran Malaysia terhadap peraturan berkenaan rambut dan pemakaian Steel Bangle (Kara) oleh murid keturusan Sikh.

Nama Pekeliling : Peraturan Berkenaan Rambut dan Pemakaian Steel Bangle (Kara) Oleh Murid-murid Berketurunan Sikh

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.03/2011 Pekeliling Peraturan Berkenaan Rambut dan Pemakaian Steel Bangle (Kara) Oleh Murid-murid Berketurunan Sikh

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Add Comment