SPI Bil.03/2003 Pekeliling Ke Arah Membudayakan Nilai Berterima Kasih

KE ARAH MEMBUDAYAKAN NILAI BERTERIMA KASIH

Tujuan Pekeliling Ke Arah Membudayakan Nilai Berterima Kasih dikeluarkan

Sehubungan dengan itu, Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memperingatkan supaya aktiviti membudayakan nilai berterima kasih hendaklah dilaksanakan di semua peringkat iaitu peringkat sekolah, daerah dan negeri.

Latar Belakang

Matlamat Kementerian Pendidikan adalah untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Matlamat ini boleh dicapai melalui pendekatan kurikulum dan kokurikulum. Pihak sekolah pula telah diminta supaya memberi penekanan kepada pemupukan nilai melalui penerapan nilai-nilai murni menerusi kurikulum. Nilai-nilai murni ini termasuklah nilai bersyukur dan nilai berterima kasih.

Banyak pihak telah menegur budi pekerti murid yang seolah-olah bersikap tidak berterima kasih dan bersyukur. Tidak berterima kasih maksudnya tidak memberikan ucapan pembatasan budi dengan hati yang ikhlas, dengan suara yang jelas dan bermuka manis selepas menerima sesuatu. Keadaan ini jika dibiarkan boleh mengikis budaya berterima kasih yang sewajarnya menjadi amalan dan warisan bangsa.

Langkah-langkah

Kementerian Pendidikan berpendapat langkah-langkah segera perlu diambil untuk meningkatkan amalan berterima kasih di kalangan murid sekolah. Pendekatan dan penyertaan yang bersepadu daripada semua pihak seperti guru, ibu bapa dan masyarakat, harus digembelingkan dalam menentukan kejayaan usaha murni ini. Sehubungan ini, pelaksanaan aktiviti membudayakan nilai berterima kasih hendaklah dilaksanakan di semua peringkat iaitu peringkat sekolah, daerah dan negeri seperti dinyatakan dalam ”Panduan Pelaksanaan Aktiviti Pembudayaan Nilai Berterima Kasih Di Sekolah” (Lampiran A).

Pelaksanaan

Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah, Pengetua dan Guru Besar di bawah pentadbiran Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan.

SPI Bil.03/2003 Pekeliling Ke Arah Membudayakan Nilai Berterima Kasih

Secara ringkasnya, pekeliling ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memperingatkan supaya aktiviti membudayakan nilai berterima kasih hendaklah dilaksanakan di semua peringkat iaitu peringkat sekolah, daerah dan negeri.

Nama Pekeliling : Ke Arah Membudayakan Nilai Berterima Kasih

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.03/2003 Pekeliling Ke Arah Membudayakan Nilai Berterima Kasih

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Add Comment

error: Content is protected !!