SPI Bil.03/2000 Pekeliling Pelaksanaan Sebutan Baku Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Bahasa Melayu Di Sekolah

 

Pelaksanaan Sebutan Baku Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Bahasa Melayu Di Sekolah

 

Tujuan Pekeliling Pelaksanaan Sebutan Baku Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Bahasa Melayu Di Sekolah dikeluarkan

Surat Pekeliling lkhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memaklumkan pihak Y.Bhg. Dato’/Datuk/ Tuan tentang pelaksanaan sebutan baku di sekolah.

Latar Belakang

Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan bahawa sebutan baku yang terus dilaksanakan di sekolah adalah hanya untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu sahaja.

Walau bagaimanapun, untuk ujian lisan dalam peperiksaan awam, sebutan baku atau sebutan biasa boleh digunakan. Bagi pengajaran dan pembelajaran mata-mata pelajaran selain Bahasa Melayu serta urusan-urusan lain di sekolah, sebutan biasa digunakan.

Perhatian

Dengan berkuatkuasanya Surat Pekeliling lkhtisas ini, maka Surat Pekeliling lkhtisas Bil. 2/1993 bertarikh 30 September 1993 yang bertajuk ”Tarikh Penyempurnaan Pelaksanaan Bahasa Melayu Sebutan Baku” adalah dibatalkan.

Pelaksanaan

Sila maklurnkan kandungan pekeliling ini kepada semua sekolah di negeri Y. Bhg. Dato’/ Datuk/Tuan.

SPI Bil.03/2000 Pekeliling Pelaksanaan Sebutan Baku Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Bahasa Melayu Di Sekolah

Secara ringkasnya, pekeliling ini dikeluarkan dengan tujuan memaklumkan pihak Y.Bhg. Dato’/Datuk/ Tuan tentang pelaksanaan sebutan baku di sekolah.

Nama Pekeliling : Pelaksanaan Sebutan Baku Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Bahasa Melayu Di Sekolah

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.03/2000 Pekeliling Pelaksanaan Sebutan Baku Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Bahasa Melayu Di Sekolah

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Add Comment

error: Content is protected !!