SPI Bil.03/1998 Pekeliling Penggunaan Barang Permainan Elektronik Robot Kit Di Sekolah Menengah

Penggunaan Barang Permainan Elektronik Robot Kit Di Sekolah Menengah

 

Tujuan Penggunaan Barang Permainan Elektronik Robot Kit Di Sekolah Menengah dikeluarkan

Surat Pekeliling lkhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memaklumkan keputusan Kementerian Pendidikan supaya semua sekolah menengah menggunakan barang permainan elektronik pasang sendiri dalam bentuk robot kit sebagai alat bantuan mengajar bagi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup dan Reka Cipta. Penggunaan barang permainan robot kit ini adalah untuk membantu membina celik teknologi dan kefahaman murid-murid, khususnya dalam bidang robotik dan automasi, di samping membina daya kreativiti dan semangat keusahawanan di kalangan mereka.

Ciri-ciri yang perlu dipatuhi sekolah-sekolah yang hendak menggunakan permainan robot kit sebagai alat bantuan mengajar

  1. Robot kit membolehkan pelajar memahami prinsip dan mekanisme operasi sesebuah robot secara menyeluruh dan sistematis, merangkumi sistem elektro-mekanikal, kawalan dan sensor.
  2. Robot kit mudah dipasang dan dibuka semula oleh pelajar.
  3. Robot kit diperbuat daripada bahan yang tahan lama serta tidak mudah rosak.
  4. Robot kit dibekalkan bersama dengan manual pemasangan dan modul pembelajaran dalam Bahasa Melayu.
  5. Alat atau bahan pengganti robot kit mudah didapati.

Perhatian

Sekolah-sekolah bolehlah menggunakan peruntukkan per kapita mata pelajaran Kemahiran Hidup dan Reka Cipta bagi perolehan alat bantuan mengajar ini, tertakluk kepada peruntukan yang ada. Perolehan hendaklah dibuat menerusi pengedar atau pembekal tempatan secara tawaran terbuka atau terhad, atau menerusi pesanan tempahan kerajaan.

Pelaksanaan

Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling lkhtisas ini kepada semua sekolah di negeri Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan.

SPI Bil.03/1998 Pekeliling Penggunaan Barang Permainan Elektronik Robot Kit Di Sekolah Menengah

Secara ringkasnya, pekeliling ini memaklumkan keputusan Kementerian Pendidikan supaya semua sekolah menengah menggunakan barang permainan elektronik pasang sendiri dalam bentuk robot kit sebagai alat bantuan mengajar

Nama Pekeliling : Penggunaan Barang Permainan Elektronik Robot Kit Di Sekolah Menengah

Format Fail : PDF

Download :SPI Bil.03/1998 Pekeliling Penggunaan Barang Permainan Elektronik Robot Kit Di Sekolah Menengah

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Add Comment