SPI Bil.03/1997 Pekeliling Program dan Aktiviti Sekolah Yang Melibatkan Dasar Dan/Atau Pungutan Wang

Program dan Aktiviti Sekolah Yang  Melibatkan Dasar DanAtau Pungutan Wang

 

Tujuan Pekeliling Program dan Aktiviti Sekolah Yang Melibatkan Dasar Dan/Atau Pungutan Wang   dikeluarkan

Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memperingatkan semua Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian dan sekolah supaya sentiasa merujuk dan mematuhi dasar, syarat atau peraturan yang sedia ada apabila ingin melaksanakan apa jua program atau aktiviti di sekolah. Ini adalah bagi mengelakkan sebarang percanggahan dengan mana-mana dasar, syarat atau peraturan yang ditetapkan mengenainya.

Latar Belakang

Kementerian Pendidikan amat menghargai usaha serta inisiatif Jabatan Pendidikan Negeri untuk menjalankan pelbagai program dan aktiviti bagi kebajikan dan faedah murid di sekolah. Namun demikian, terdapat di antara program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian atau sekolah itu yang membangkitkan rasa tidak puas hati, rungutan dan bantahan dariapda para ibu bapa, penjaga dan juga masyarakat umum, lazimnya dalam hal-hal yang berkaitan dengan soal dasar, rasional dan pungutan wang.

Perhatian

Dalam keadaan di mana program atau aktiviti yang hendak dijalankan itu tidak tertakluk di bawah mana-mana syarat atau peraturan yang sedia ada, atau timbul keraguan mengenai bidang kuasa, hak atau peruntukan sah mengenainya, maka permohonan bagi mendapatkan persetujuan dan kelulusan hendaklah dikemukakan terlebih dahulu kepada Kementerian Pendidikan. Semua permohonan hendaklah mengandungi maklumat lengkap mengenai program atau aktiviti yang hendak dijalankan.

Pelaksanaan

Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua pihak yang berkenaan di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian dan sekolah.

SPI Bil.03/1997 Pekeliling Program dan Aktiviti Sekolah Yang Melibatkan Dasar Dan/Atau Pungutan Wang

Secara ringkasnya, pekeliling ini memperingatkan semua Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian dan sekolah supaya sentiasa merujuk dan mematuhi dasar, syarat atau peraturan yang sedia ada apabila ingin melaksanakan apa jua program atau aktiviti di sekolah.

Nama Pekeliling : Program dan Aktiviti Sekolah Yang Melibatkan Dasar Dan/Atau Pungutan Wang

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.03/1997 Pekeliling Program dan Aktiviti Sekolah Yang Melibatkan Dasar Dan/Atau Pungutan Wang

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Add Comment