SPI Bil.03/1996 Pekeliling Perlantikan Guru Kaunseling Sepenuh Masa Di Sekolah Menengah

PANDUAN TAMBAHAN PERLANTIKAN GURU KAUNSELING SEPENUH MASA DI SEKOLAH MENENGAH

 

Tujuan Pekeliling Panduan Tambahan: Perlantikan Guru Kaunseling Sepenuh Masa Di Sekolah Menengah dikeluarkan

Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memperkemas dalam perlantikan guru kaunseling sepenuh masa di sekolah menengah.

Latar Belakang

Sebagaimana Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan sedia maklum perlantikan Guru Kaunseling Sepenuh Masa telah diluluskan dan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat seperti yang telah dijelaskan dalam surat KP(BS-HEP)8543/60/(91) bertarikh 18 Mac 1996.

Kelulusan Ikhtisas Bimbingan dan Kaunseling

Selain daripada kelulusan yang telah disebutkan dalam surat yang terawal, kelulusan berikut boleh diterima pakai :

  1. Sijil Bimbingan dan Kaunseling daripada UTM.
  2. Sijil KDC 8 minggu lulusan 1982-1986 yang dianggap setaraf dengan kursus 6 bulan sepenuh masa (MPIK, IPSI, MPTI, MPI Hulu Kinta dan sebagainya.

Guru Yang Belum Disahkan Dalam Jawatan

Guru-guru yang mempunyai kelulusan Bac. Pend. (B&K) – UPM tetapi belum disahkan jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG3 boleh dilantik Guru Kaunseling Sepenuh Masa. Ini adalah selaras dengan para 14 dalam ”Panduan Perlantikan Kaunselor Pelajar Sepenuh Masa” yang telah diedarkan.

Guru Yang Layak Tetapi Mengajar Kelas Peperiksaan

Guru ini hendaklah dilantik sebagai kaunselor sepenuh masa dan dibenarkan meneruskan tugas-tugas akademiknya bagi tahun 1996. Guru ini akan berfungsi sebagai kaunselor sepenuh masa apabila sesi persekolahan 1997 bermula, atau apabila tugas-tugas akademiknya selesai.

Guru Yang Layak Tetapi Menolak Perlantikan Sebagai Kaunselor Sepenuh Masa

Guru ini tidak dikenakan sebarang tindakan dan beliau diberi peluang untuk dilantik sebagai kaunselor sepenuh masa seperti dinyatakan dalam para 13 ”Panduan Perlantikan Kaunselor Pelajar Sepenuh Masa”.

Aliran Perhubungan Kaunselor Dalam Carta Organisasi Sekolah

 

Kedudukan kaunselor sepenuh masa dalam carta organisasi sekolah adalah seperti berikut :

carta

Pelaksanaan

Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan adalah diminta memaklumkan kandungan surat pekeliling kepada semua sekolah-sekolah di negeri Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan. Surat KP(BS-HEP)8543/60/(91) bertarikh 18 Mac 1996 adalah disertakan semula untuk perhatian dan tindakan Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan.

SPI Bil.03/1996 Pekeliling Perlantikan Guru Kaunseling Sepenuh Masa Di Sekolah Menengah

Secara ringkasnya, pekeliling ini memperkemas dalam perlantikan guru kaunseling sepenuh masa di sekolah menengah

Nama Pekeliling : Perlantikan Guru Kaunseling Sepenuh Masa Di Sekolah Menengah

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.03/1996 Pekeliling Perlantikan Guru Kaunseling Sepenuh Masa Di Sekolah Menengah

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Add Comment