SPI Bil.03/1992 Pekeliling Pemakaian Tudung/Mini Telekung Bagi Pelajar-Pelajar Perempuan

Pemakaian Tudung/Mini Telekung Bagi Pelajar-Pelajar Perempuan

 

Tujuan Pekeliling Pemakaian Tudung/Mini Telekung Bagi Pelajar-Pelajar Perempuan dikeluarkan

Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan untuk menegaskan dasar dan peraturan Kementerian Pendidikan MELARANG mana-mana pihak mengenakan sebarang paksaan atau tekanan ke atas pelajar-pelajar perempuan supaya memakai tudung atau mini telekung di sekolah.

Latar Belakang

Unsur tekanan atau paksaan adalah dilarang sama sekali walaupun pemakaian tudung dan mini telekung dibenarkan di bawah peruntukan Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah. Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1983.

Pelaksanaan

Sila pastikan bahawa sebarang tindakan atau keputusan yang dibuat di sekolah tidak menyalahi mana-mana peraturan atau dasar Kementerian Pendidikan.

SPI Bil.03/1992 Pekeliling Pemakaian Tudung/Mini Telekung Bagi Pelajar-Pelajar Perempuan

Secara ringkasnya, pekeliling ini menegaskan dasar dan peraturan Kementerian Pendidikan MELARANG mana-mana pihak mengenakan sebarang paksaan atau tekanan ke atas pelajar-pelajar perempuan supaya memakai tudung atau mini telekung di sekolah.

Nama Pekeliling : Pemakaian Tudung/Mini Telekung Bagi Pelajar-Pelajar Perempuan

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.03/1992 Pekeliling Pemakaian Tudung/Mini Telekung Bagi Pelajar-Pelajar Perempuan

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Add Comment