SPI Bil.02/2003 Pekeliling Pindaan Pelaksanaan Borang Penentuan Kelayakan Skim Pinjaman Buku Teks SPBT1 Kementerian Pendidikan

Pindaan Pelaksanaan Borang Penentuan Kelayakan  Skim Pinjaman Buku Teks SPBT1 Kementerian Pendidikan

 

Tujuan Pekeliling Pindaan Pelaksanaan Borang Penentuan Kelayakan Skim Pinjaman Buku Teks SPBT1 Kementerian Pendidikan dikeluarkan

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2003 ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memaklumkan pindaan pelaksanaan Borang Penentuan Kelayakan Skim Pinjaman Buku Teks (Borang SPBT1).

Latar Belakang

Kementerian Pendidikan Malaysia mendapati bahawa amalan mengisi borang permohonan Skim Pinjaman Buku Teks (Borang SPBT1) pada setiap tahun untuk setiap murid di sekolahsekolah adalah membebankan guru-guru serta ibu bapa atau penjaga.

Tarikh Kuat Kuasa

Surat Pekeliling ini adalah berkuat kuasa mulai tahun 2003. Dengan itu, murid-murid yang memasuki Tahun Satu, Tahun Empat, Kelas Peralihan/Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat pada tahun 2004 perlu mengisi Borang SPBT1 yang baru manakala lain-lain murid di sekolah rendah dan menengah tidak perlu mengisi semula Borang SPBT1 sehingga tamat tempoh guna pakai Borang SPBT1 yang telah diisi sebelum ini.

Pelaksanaan

Dengan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kekerapan mengisi Borang SPBT1 telah dikurangkan kepada dua kali untuk sekolah rendah dan dua kali untuk sekolah menengah. Disebabkan jangka masa guna pakai borang SPBT1 ini telah bertambah, maka pihak sekolah hendaklah memastikan butir-butir yang diberi adalah sahih dan setiap prosedur yang telah ditetapkan untuk penentuan kelayakan Skim Pinjaman Buku Teks adalah dipatuhi. Sekolah juga adalah diingatkan supaya mengikuti sepenuhnya Dasar Kelayakan Skim Pinjaman Buku Teks semasa.

SPI Bil.02/2003 Pekeliling Pindaan Pelaksanaan Borang Penentuan Kelayakan Skim Pinjaman Buku Teks SPBT1 Kementerian Pendidikan

Secara ringkasnya, pekeliling ini untuk memaklumkan pindaan pelaksanaan Borang Penentuan Kelayakan Skim Pinjaman Buku Teks (Borang SPBT1).

Nama Pekeliling : Pindaan Pelaksanaan Borang Penentuan Kelayakan Skim Pinjaman Buku Teks SPBT1 Kementerian Pendidikan

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.02/2003 Pekeliling Pindaan Pelaksanaan Borang Penentuan Kelayakan Skim Pinjaman Buku Teks SPBT1 Kementerian Pendidikan

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Add Comment