SPI Bil.02/2002 Pekeliling Pelaksanaan Sukatan Pelajaran Yang Disemak Semula Bagi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

Pelaksanaan Sukatan Pelajaran Yang Disemak Semula Bagi  Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

 

Tujuan Pekeliling Pelaksanaan Sukatan Pelajaran Yang Disemak Semula Bagi  Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dikeluarkan

Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memaklumkan tentang pelaksanaan Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) yang disemak semula bagi semua mata pelajaran KBSR dan KBSM.

Latar Belakang

Pelaksanaan SP dan HSP yang disemak semula adalah secara berperingkatperingkat bermula pada tahun 2002 dengan mata pelajaran Sains Teras Tingkatan 1 dan Tingkatan 4, Matematik Teras Tingkatan 1 dan Tingkatan 4, Sains Tulen (Fizik, Kimia, Biologi) Tingkatan 4, dan Matematik Tambahan Tingkatan 4. Bagi mata pelajaran KBSR dan lain-lain mata pealjaran KBSM, pelaksanaannya adalah pada tahun 2003 secara berperingkat-peringkat bermula dengan Tahun 1 dan Tahun 4 untuk KBSR dan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 untuk KBSM.

Perhatian

Sekolah hendaklah mengguna pakai SP bagi semua mata pelajaran KBSR dan KBSM edisi tahun 2000 yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan dicetak oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Bagi HSP pula sekolah hendaklah mengguna pakai edisi tahun 2002 bagi setiap Tahun/Tingkatan mata pelajaran berkenaan yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Peruntukan waktu bagi semua mata pelajaran adalah mengikut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 dan Surat Pekeliling Ikhtisas berkaitan yang berkuatkuasa sekarang.

Pelaksanaan

Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua sekolah di negeri Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan.

SPI Bil.02/2002 Pekeliling Pelaksanaan Sukatan Pelajaran Yang Disemak Semula Bagi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

Secara ringkasnya, pekeliling ini memaklumkan tentang pelaksanaan Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) yang disemak semula bagi semua mata pelajaran KBSR dan KBSM.

Nama Pekeliling : Pelaksanaan Sukatan Pelajaran Yang Disemak Semula Bagi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.02/2002 Pekeliling Pelaksanaan Sukatan Pelajaran Yang Disemak Semula Bagi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Add Comment

error: Content is protected !!