SPI Bil.02/1999 Pekeliling Penganjuran Program Motivasi Di Sekolah

Penganjuran Program Motivasi Di Sekolah

 

Tujuan Pekeliling Penganjuran Program Motivasi di Sekolah dikeluarkan

Surat Pekeliling lkhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memperingatkan pihak pentadbir sekolah supaya sentiasa mengutamakan kepakaran yang terdapat di kalangan guru, sama ada guru-guru di sekolah sendiri, guru-guru dari sekolah lain atau dari kalangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, apabila menganjurkan program motivasi untuk murid-murid. Khidmat pakar dari luar dalam pengendalian program motivasi murid-murid hanya wajar jika benar-benar tidak terdapat kepakaran yang diperlukan dari kalangan guru-guru sekolah.

Latar Belakang

Kementerian Pendidikan menghargai usaha serta inisiatif sekolah menganjurkan program motivasi untuk murid-murid. Usaha serta inisiatif sedemikian sememangnya digalakkan. Namun demikian penganjuran program-program tersebut didapati banyak menggunakan perkhidmatan pakar dari luar. Penglibatan pakar dari luar ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ibu bapa dan penjaga. Di antara isu yang dipersoalkan ialah mengenai kadar bayaran yang dikenakan, latarbelakang, pengalaman dan kelayakan pemudahcara program serta jaminan keselamatan murid apabila program motivasi tersebut diadakan di luar kawasan sekolah.

Perkara-perkara yang diberi Perhatian

Dalam keadaan di mana sekolah terpaksa mendapatkan khidmat pakar dari kalangan bukan guru, pihak pentadbir sekolah hendaklah memberikan perhatian kepada perkara-perkara seperti berikut:

  1. Kadar bayaran yang dikenakan kepada murid-murid (jika ada) hendaklah munasabah dan tidak membebankan ibu bapa atau penjaga.
  2. Sebarang unsur  paksaan  tidak  boleh  dikenakan   ke  atas  murid   untuk menyertai program motivasi.
  3. Kandungan program dan  kaedah  penyampaiannya  hendaklah  bersesuaian dengan tahap pengetahuan dan kebolehan murid yang menyertai program itu.
  4. Penceramah dan  Pemudahcara  Program  hendaklah  mempunyai  kelayakan, kemahiran, pengetahuan dan pengalaman dalam bidang yang diceramahkan.
  5. Keselamatan dan kebajikan murid  hendaklah sentiasa diutamakan dan diawasi dengan teliti oleh pihak sekolah.
  6. Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian dan Jabatan  Pendidikan  Negeri hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu serta mendapat kelulusan untuk menjalankan program.

Pelaksanaan

Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling lkhtisas ini kepada semua Pengetua dan Guru Besar di negeri Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan.

SPI Bil.02/1999 Pekeliling Penganjuran Program Motivasi Di Sekolah

Secara ringkasnya, pekeliling ini memperingatkan pihak pentadbir sekolah supaya sentiasa mengutamakan kepakaran yang terdapat di kalangan guru, sama ada guru-guru di sekolah sendiri, guru-guru dari sekolah lain atau dari kalangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, apabila menganjurkan program motivasi untuk muridmurid

Nama Pekeliling : Penganjuran Program Motivasi Di Sekolah

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.02/1999 Pekeliling Penganjuran Program Motivasi Di Sekolah

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Add Comment

error: Content is protected !!