SPI Bil.02/1998 Pekeliling Mempergiat Dan Memperluas Program Dan Aktiviti Pertanian Di Sekolah

Mempergiat Dan Memperluas Program Dan Aktiviti Pertanian Di Sekolah

 

Tujuan Mempergiat Dan Memperluas Program Dan Aktiviti Pertanian Di Sekolah dikeluarkan

Surat Pekeliling lkhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan menyambut saranan dan seruan kerajaan supaya semua pihak berusaha menambah pengeluaran makanan serta memperkukuhkan lagi amalan berjimat cermat di kalangan rakyat.

Latar Belakang

Pertanian merupakan salah satu sektor penting dalam pembangunan ekonomi negara. Dalam menangani kegawatan ekonomi sekarang, peningkatan aktiviti pertanian bukan sahaja dapat menambah pengeluaran bahan makanan yan akan membantu negara kurang bergantung kepada bahan makanan yang diimport, tetapi juga akan memperbaiki lagi imbangan perdagangan negara. Murid-murid hendaklah diasuh supaya dapat menghayati kepentingan sektor pertanian dalam pembangunan negara.

Perhatian

Sekolah-sekolah hendaklah memperluas dan mempertingkatkan lagi program dan aktiviti pertanian yang sedang dilaksanakan dalam kurikulum atau dalam aktiviti kokurikulum, seperti melalui Kelab Pertanian/Kelab Kemahiran Hidup. Keutamaan sokongan dan galakan hendaklah diberikan kepada murid-murid untuk menjalankan aktiviti penanaman sayur-sayuran dan buah-buahan, perusahaan akuakultur, terutamanya di sekolah-sekolah yang mempunyai kawasan yang luas. Bagi sekolah-sekolah yang terbatas kawasannya, penanaman sayur-sayuran mengikut kaedah hidroponik hendaklah dilaksanakan. Sekolah-sekolah bolehlah mendapatkan kerjasama dan bantuan khidmat nasihat daripada agensi-agensi seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Haiwan, FAMA dan Pertubuhan Peladang setempat bagi menjayakan program pertanian masing-masing.

Pelaksanaan

Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling lkhtisas ini kepada semua sekolah di negeri Y.Bhg. Dato’/ Datin / Tuan / Puan.

SPI Bil.02/1998 Pekeliling Mempergiat Dan Memperluas Program Dan Aktiviti Pertanian Di Sekolah

Secara ringkasnya, pekeliling ini menyambut saranan dan seruan kerajaan supaya semua pihak berusaha menambah pengeluaran makanan serta memperkukuhkan lagi amalan berjimat cermat di kalangan rakyat.

Nama Pekeliling : Mempergiat Dan Memperluas Program Dan Aktiviti Pertanian Di Sekolah

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.02/1998 Pekeliling Mempergiat Dan Memperluas Program Dan Aktiviti Pertanian Di Sekolah

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Vote 5 Stars

Add Comment

error: Content is protected !!