SPI Bil.02/1996 Pekeliling Penampilan Diri Pelajar, Kekemasan Dan Kerapian Berpakaian

Penampilan Diri Pelajar, Kekemasan Dan Kerapian Berpakaian

 

Tujuan Pekeliling Penampilan Diri Pelajar, Kekemasan Dan Kerapian Berpakaian dikeluarkan

Surat Pekeliling Ikhtisas ini meminta semua sekolah mengambil langkah dan tindakan yang wajar, konsisten dan tegas bagi memastikan amalan-amalan ke arah pembinaan sahsiah dan penampilan diri yang baik dapat dilakukan.

Latar Belakang

Kementerian Pendidikan amat memandang berat terhadap sebilangan pelajar yang tidak menampilkan keceriaan, kekemasan dan kerapian dalam berpakaian, seperti tidak memasukkan kemeja ke dalam seluar, tidak mengikat tali leher dengan kemas, tidak mengancing butang baju, berkasut kotor atau tidak berkilat, tidak memakai kain samping dengan kemas, tidak menyikat rambut dengan rapi serta tabiat-tabiat lain yang memperlihatkan nilai-nilai yang tidak diingini. Fenomena ini jika tidak ditangani segera dikhuatiri akan menjejaskan hasrat dan matlamat kerajaan untuk meningkatkan taraf pendidikan negara jika kita ke taraf dunia.

Perhatian

Harus diingat bahawa penampilan pelajar dalam masyarakat mencerminkan corak pendidikan yang diterimanya di sekolah. Matlamat pendidikan negara untuk menghasilkan pelajar yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia serta berketrampilan tidak akan tercapai sekiranya pelajar masih belum dapat menunjukkan tahap pengurusan diri yang tinggi.

Pelaksanaan

Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua sekolah di negeri Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan.

SPI Bil.02/1996 Pekeliling Penampilan Diri Pelajar, Kekemasan Dan Kerapian Berpakaian

Secara ringkasnya, pekeliling ini meminta semua sekolah mengambil langkah dan tindakan yang wajar, konsisten dan tegas bagi memastikan amalan-amalan ke arah pembinaan sahsiah dan penampilan diri yang baik dapat dilakukan.

Nama Pekeliling : Penampilan Diri Pelajar, Kekemasan Dan Kerapian Berpakaian

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.02/1996 Pekeliling Penampilan Diri Pelajar, Kekemasan Dan Kerapian Berpakaian

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Add Comment