SPI Bil.02/1995 Pekeliling Persediaan Bagi Pilihanraya Umum

Persediaan Bagi Pilihanraya Umum

 

Tujuan Persediaan Bagi Pilihanraya Umum dikeluarkan

Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan kepada Yang Berbahagian Datuk/Tuan mengenai persediaan serta langkah-langkah yang perlu diambil oleh Yang Berbahagian Datuk/Tuan ketika negara mengadakan pilihanraya.

Latar Belakang

Bagi melicinkan perjalanan pilihanraya, pihak Suruhanjaya Pilihanraya memerlukan kerjasama daripada Kementerian Pendidikan kerana ianya melibatkan ramai pegawai-pegawai pendidikan yang akan dilantik bagi mengendalikan perjalanan pilihanraya tersebut. Di samping itu bangunan-bangunan milik Kementerian Pendidikan seperti sekolah dan maktab akan digunakan sebagai tempat mengundi.

Perkara yang Perlu dipastikan

  1. Bagi pegawai-pegawai yang dilantik oleh SPR adalah dinasihatkan supaya tidak menolak perlantikan tersebut.
  2. Cuti tanpa rekod hendaklah diberikan kepada pegawai dan kakitangan yang telah dilantik menjalankan tugas bagi pihak SPR bagi tempoh hari mengundi dan hari-hari mereka diperlukan menghadiri taklimat dan latihan.
  3. Pegawai yang dilantik juga seboleh-bolehnya janganlah ditukarkan ke tempat bertugas yang lain sehingga selesai urusan pilihanraya.
  4. Bagi Sekolah/Maktab yang dipilih sebagai tempat mengundi ataupun tempat mengira undi, Pengetua dan Guru Besar adalah diminta memastikan bahawa tempat-tempat tersebut berada dalam keadaan baik. Sebarang pembaikan hendaklah ditanggung oleh Sekolah atau Maktab berkenaan, kecualilah ianya melibatkan perbelanjaan yang besar.
  5. Pegawai-pegawai yang dilantik hendaklah bertugas dengan adil dan amanah.
  6. Ketua Jabatan hendaklah memberi kebenaran kepada pegawai dan kakitangan untuk keluar mengundi bagi satu tempoh waktu yang bersesuaian..
  7. Bagi Maktab atau Sekolah yang dipilih sebagai tempat urusan pilihanraya, pihak SPR akan mengambil alih tempat-tempat berkenaan sehari sebelum hari mengundi. Pengetua dan Guru Besar bagi maktab dan sekolah-sekolah berkenaan perlu mempastikan bahawa bangunan/bilik-bilik yang dipilih berada dalam keadaan baik dan memuaskan.
  8. Sekiranya hari mengundi yang tersebut tidak jatuh pada hari cuti umum, sekolah dan maktab yang digunakan sebagai tempat mengundi hendaklah diberi cuti pada hari mengundi dan sehari sebelumnya. Cuti tersebut hendaklah diganti pada mana-mana hari Sabtu yang akan ditentukan oleh Pengarah Pendidikan Negeri dan Pengarah Bahagian Pendidikan Guru.
  9. Pengetua dan Guru Besar juga perlulah mempastikan bahawa bilik dan pintu pagar ke bangunan-bangunan yang berkenaan tidak dikunci pada masa ianya diperlukan.
  10. Kemudahan talian telefon perlulah disediakan bagi kegunaan ketua tempat mengundi untuk menghubungi Pegawai Pengurus SPR (Pegawai Daerah) bagi tempoh semasa mengundi dan hinggalah selepas kiraan mengundi dilakukan.

Pelaksanaan

Sila maklumkan Surat Pekeliling ini kepada semua sekolah dan maktab di negeri Yang Berbahagia Datuk/Tuan.

SPI Bil.02/1995 Pekeliling Persediaan Bagi Pilihanraya Umum

Secara ringkasnya, pekeliling ini memaklumkan kepada Yang Berbahagian Datuk/Tuan mengenai persediaan serta langkah-langkah yang perlu diambil oleh Yang Berbahagian Datuk/Tuan ketika negara mengadakan pilihanraya.

Nama Pekeliling : Persediaan Bagi Pilihanraya Umum

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.02/1995 Pekeliling Persediaan Bagi Pilihanraya Umum

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Add Comment

error: Content is protected !!