SPI Bil.02/1994 Pekeliling Pelaksanaan Bahasa Malaysia di SRJK (C) dan SRJK (T) dan Bahasa Inggeris di SK/SRK serta Kokurikulum di Sekolah Rendah

Pelaksanaan Bahasa Malaysia di SRJK (C) dan SRJK (T) dan Bahasa Inggeris di SK/SRK serta Kokurikulum di Sekolah Rendah

 

Tujuan Pelaksanaan Bahasa Malaysia di SRJK (C) dan SRJK (T) dan Bahasa Inggeris di SK/SRK serta Kokurikulum di Sekolah Rendah dikeluarkan

Surat Pekeliling ini adalah untuk memaklumkan tentang Pelaksanaan Bahasa Malaysia di SRJK (C) dan SRJK (T) dan Bahasa Inggeris di SK/SRK serta Kokurikulum di Sekolah Rendah.

Perhatian

Pelaksanaan Pengajaran Bahasa Malaysia di SRJK (C) dan SRJK (T) dan Bahasa Inggeris di SK/SRK dimulakan pada awal tahun persekolahan Tahun 1 berkuatkuasa pada sesi persekolahan tahun 1993/1994.

Pelaksanaan Masa Untuk Kokurikulum yang dikeluarkan daripada Jadual Waktu

  1. Masa kokurikulum Tahap I, satu waktu (30 minit) diberi kepada Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) dan satu waktu (30 minit) lagi adalah pilihan Guru Besar.
  2. Masa kokurikulum Tahap II pula, satu waktu (30 minit) diberi kepada Sains dan satu waktu lagi (30 minit) diberi kepada Kemahiran Hidup. Satu waktu tambahan bagi Kemahiran Hidup tersebut dibatalkan. Oleh itu waktu pembelajaran bagi Tahap II kembali kepada 1,40 minit seminggu.
  3. Pelaksanaan sepenuhnya bagi Tahap I dan Tahap II berkuatkuasa pada sesi persekolahan tahun 1994/1995.

Pelaksanaan Apabila Masa Kokurikulum Diberikan kepada PJK

  1. Untuk sekolah yang mempunyai guru yang telah menghadiri kursus tentang PJK Tahap I, pelaksanaan sepenuhnya pada sesi persekolahan tahun 1993/1994.
  2. Untuk sekolah yang tidak mempunyai guru yang terlatih dalam PJK Tahap I dan tidak mempunyai bahan kurikulum PJK Tahap I, kegiatan kokurikulum yang berbentuk rekreasi dan mengandungi unsur kesihatan serta menggalakkan interaksi antara murid diteruskan bagi sesi persekolahan tahun 1993/1994.
  3. Pelaksanaan kurikulum PJK Tahap I sepenuhnya berkuatkuasa pada sesi persekolahan tahun 1994/1995.

Pelaksanaan

Sila edarkan Surat pekeliling ini kepada semua sekolah rendah untuk tindakan selanjutnya.

SPI Bil.02/1994 Pekeliling Pelaksanaan Bahasa Malaysia di SRJK (C) dan SRJK (T) dan Bahasa Inggeris di SK/SRK serta Kokurikulum di Sekolah Rendah

Secara ringkasnya, pekeliling ini memaklumkan tentang Pelaksanaan Bahasa Malaysia di SRJK (C) dan SRJK (T) dan Bahasa Inggeris di SK/SRK serta Kokurikulum di Sekolah Rendah.

Nama Pekeliling : Pelaksanaan Bahasa Malaysia di SRJK (C) dan SRJK (T) dan Bahasa Inggeris di SK/SRK serta Kokurikulum di Sekolah Rendah

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.02/1994 Pekeliling Pelaksanaan Bahasa Malaysia di SRJK (C) dan SRJK (T) dan Bahasa Inggeris di SK/SRK serta Kokurikulum di Sekolah Rendah

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Add Comment