SPI Bil.02/1993 Pekeliling Tarikh Penyempurnaan Pelaksanaan Bahasa Melayu Sebutan Baku

Tarikh Penyempurnaan Pelaksanaan  Bahasa Melayu Sebutan Baku

 

Tujuan Pekeliling Tarikh Penyempurnaan Pelaksanaan Bahasa Melayu Sebutan Baku dikeluarkan

Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan telah memutuskan bahawa Bahasa Melayu sebutan baku akan diwajibkan dalam peperiksaan.

Perhatian

  1. Mulai 1994 : Ujian Lisan Bahasa Melayu tahun 6 bagi SK/SRK yang dikendalikan sepenuhnya oleh sekolah.
  2. Mulai 1994 : Ujian Lisan Bahasa Melayu Tingkatan III yang dikendalikan sepenuhnya oleh sekolah.
  3. Mulai 1994 : Ujian Lisan Bahasa Melayu SPM yang dikendalikan sepenuhnya oleh Lembaga Peperiksaan.

Untuk memantapkan lagi penguasaan Bahasa Melayu sebutan baku, semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran, aktiviti kokurikulum serta upacara rasmi lain seperti pertandingan bahas, syarahan, seminar dan sebagainya mestilah dilaksanakan dengan menggunakan Bahasa Melayu sebutan baku.

Bahan-bahan yang Perlu dimiliki

  1. Pedoman Sebutan Bahasa Melayu, DBP, 1988
  2. Daftar Umum Sebutan Bahasa Melayu, DBP, 1991
  3. Daftar Kata Bahasa Melayu, DBP (dijangka terbit Mac 1994)
  4. Modul Panduan Sebutan Baku Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia, DBP, 1989

 

SPI Bil.02/1993 Pekeliling Tarikh Penyempurnaan Pelaksanaan Bahasa Melayu Sebutan Baku

Secara ringkasnya, pekeliling ini memaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan telah memutuskan bahawa Bahasa Melayu sebutan baku akan diwajibkan dalam peperiksaan.

Nama Pekeliling : Tarikh Penyempurnaan Pelaksanaan Bahasa Melayu Sebutan Baku

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.02/1993 Pekeliling Tarikh Penyempurnaan Pelaksanaan Bahasa Melayu Sebutan Baku

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Add Comment