SPI Bil.02/1992 Pekeliling Pelaksanaan Mata Pelajaran Literasi Komputer Bagi Tingkatan I dan Tingkatan II Fasa I Projek KDP di 60 Buah Sekolah

Pelaksanaan Mata Pelajaran Literasi Komputer Bagi Tingkatan I dan Tingkatan II Fasa I Projek KDP di 60 Buah Sekolah

 

Tujuan Pekeliling Pelaksanaan Mata Pelajaran Literasi Komputer Bagi Tingkatan I dan Tingkatan II Fasa I Projek KDP di 60 Buah Sekolah dikeluarkan

Pekeliling ini bertujuan untuk memberi panduan pelaksanaan mata pelajaran literasi komputer bagi tingkatan i dan tingkatan ii fasa i projek KDP di 60 buah sekolah.

Latar Belakang

Dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan, dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Kurikulum yang ke 1/92 pada 9 Februari 1992 telah memutuskan supaya Literasi Komputer dijadikan sebagai salah satu mata pelajaran dan bukan sebagai aktiviti kokurikulum Kemahiran Hidup.

Perhatian

  1. Pengajaran mata pelajaran Literasi Komputer akan bermula dengan pelajar-pelajar Tingkatan I di 60 buah sekolah menengah yang telah dibekalkan dengan kemudahan komputer. Pengajaran mata pelajaran ini akan disambung ke Tingkatan II pada tahun 1993.
  2. Bagi sekolah-sekolah yang tidak termasuk dalam Projek Perintis Komputer Dalam Pendidikan, bolehlah turut menyertai program tersebut sekiranya mempunyai segala kemudahan yang diperlukan.
  3. Sukatan Pelajaran Literasi Komputer telah digubal dan guru-guru yang terlibat dikehendaki mengajar mengikut Sukatan Pelajaran Literasi Komputer. Walau bagaimanapun, guru-guru boleh mengolah urutan tajuk-tajuk dalam Sukatan Pelajaran ini mengikut kesesuaian dan keperluan.
  4. Masa pengajaran Literasi Komputer ialah 2 waktu seminggu. Pihak pengurusan sekolah diharapkan dapat menyusun jadual waktu yang bersesuaian.

Pelaksanaan

Kandungan pekeliling ini hendaklah dimaklumkan pada semua sekolah menengah.

SPI Bil.02/1992 Pekeliling Pelaksanaan Mata Pelajaran Literasi Komputer Bagi Tingkatan I dan Tingkatan II Fasa I Projek KDP di 60 Buah Sekolah

Secara ringkasnya, pekeliling ini memberi panduan pelaksanaan mata pelajaran literasi komputer bagi tingkatan i dan tingkatan ii fasa i projek KDP di 60 buah sekolah.

Nama Pekeliling : Pelaksanaan Mata Pelajaran Literasi Komputer Bagi Tingkatan I dan Tingkatan II Fasa I Projek KDP di 60 Buah Sekolah

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.02/1992 Pekeliling Pelaksanaan Mata Pelajaran Literasi Komputer Bagi Tingkatan I dan Tingkatan II Fasa I Projek KDP di 60 Buah Sekolah

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Add Comment