SPI Bil.01/2018 Pekeliling Garis Panduan Ibubapa/Penjaga dan Komuniti Sebagai Sukarelawan di Dalam Kelas (SdK)

Garis Panduan Ibubapa/Penjaga dan Komuniti Sebagai Sukarelawan di Dalam Kelas (SdK)

Tujuan Pekeliling Garis Panduan Ibubapa/Penjaga dan Komuniti Sebagai Sukarelawan di Dalam Kelas (SdK) dikeluarkan

Surat Pekeliling Ikhtisas ini  dikeluarkan bagi tujuan memaklumkan pelaksanaan Garis Panduan Pelibatan Ibubapa/Penjaga dan Komuniti Sebagai Sukarelawan di dalam Kelas (SdK) untuk pelaksanaan program kerjsama antara ibubapa/penjaga dan komuniti serta pihak sekolah selaras dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 di sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Latar Belakang

Mesyuarat Profesional KPM Bil.33/2017 bertarikh 2 November 2017 telah bersetuju menerima dan meluluskan Kertas Cadangan Garis Panduan Pelibatan Ibubapa/Penjaga dan Komuniti Sebagai Sukarelawan di dalam Kelas (SdK).

Peraturan-peraturan Pendidikan (PIBG) 1998 dalam Akta Pendidikan 1996 (AKTA 550), PIBG ditubuhkan di semua sekolah dibawah KPM bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibubapa dengan guru yang diharapkan dapat membina kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama.

Peraturan 5(3) Peraturan-peraturan Pendidikan PIBG 1998, menggariskan:

“Persatuan boleh, dengan kebenaran Guru Besar atau Pengetua menganjurkan kegiatan kurikulum dan kokurikulum di dalam atau diluar sekolah dengan menggunakan tenaga mahir atau pakat daripada kalangan anggota atau bukan kalangan anggota bagi tujuan meningkatkan pencapaian akademik atau perkembangan murid secara menyeluruh.”

 

Pelaksanaan

YBhg. Datuk/Datin/tuan/puan hendaklah memastikan agar Garis Panduan Pelibatan Ibubapa/Penjaga dan Komuniti sebagai Sukarelawan di dalam Kelas (SdK) dirujuk dan dipatuhi bagi memastikan dasar ini dapat dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.

Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama-sama semua surat pekeliling ikhtisas dan peraturan berkaitan yang sedang berkuat kuasa. Bersama-sama ini disertakan Garis Panduan Ibubapa/Penjaga dan Komuniti sebagai Sekarelawan di dalam Kelas (SdK).

 

Tarikh Kuat Kuasa

Surat Pekeliling Ikhtisas ini berkuat kuasa mulai tarikh ia dikeluarkan.

Pemakaian

YBhg. Datuk/Datin/tuan/puan hendaklah mengambil tindakan memaklumkan kandungan surat pekeliling ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di bahagian KPM , JPN, PPD dan sekolah dibawah pentadbiran YBhg. Datuk/Datin/tuan/puan.

SPI Bil.01/2018 Pekeliling Garis Panduan Ibubapa/Penjaga dan Komuniti Sebagai Sukarelawan di Dalam Kelas (SdK)

Secara ringkasnya, pekeliling ini mengenai penambahbaikan proses bayaran balik pembaharuan lesen memandu agar lebih berkesan.

Nama Pekeliling : Garis Panduan Ibubapa/Penjaga dan Komuniti Sebagai Sukarelawan di Dalam Kelas (SdK)

Format Fail : PDF

Download : Garis Panduan Ibubapa/Penjaga dan Komuniti Sebagai Sukarelawan di Dalam Kelas (SdK)

Oleh : Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru merangkap Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Add Comment

error: Content is protected !!