SPI Bil.04/2003 Pekeliling Penggunaan Buku Panduan Penilaian Pencapaian Al-Quran KBSR

PENGGUNAAN BUKU PANDUAN PENILAIAN PENCAPAIAN AL-QURAN KBSR

Tujuan Pekeliling Penggunaan Buku Panduan Penilaian Pencapaian Al-Quran KBSR dikeluarkan

Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan bertujuan untuk memaklumkan mengenai penggunaan “Buku Panduan Penilaian Pencapaian Al-Quran KBSR” di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan seluruh negara bagi meningkatkan keberkesanan membaca dan menghayati al-Quran di kalangan murid-murid. Sistem penilaian pencapaian al-Quran yang standard di semua peringkat akan membolehkan pemantauan yang lebih berfokus, perancangan sistematik dan peningkatan yang berterusan.

Buku Panduan ini juga akan membantu guru-guru menjalankan penilaian yang lebih baik dan bersistematik. Penilaian pencapaian al-Quran ini merupakan Penilaian Yang Berasaskan Sekolah.

Latar Belakang

Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan tahap pembacaan dan hafazan al-Quran di kalangan murid-murid di sekolah. Menyedari bahawa al-Quran adalah sumber rujukan utama ajaran Islam, maka setiap murid seharusnya menguasai pembacaan serta hafazan al-Quran dengan baik. Bagi mencapai matlamat ini, pengajaran dan pembelajaran al-Quran mestilah distrukturkan secara sistematik.

Kebolehan Buku Panduan Penilaian Pencapaian al-Quran KBSR

  1. mengesan pencapaian murid dadlam bidang bacaan dan hafazan al-Quran.
  2. mengenalpasti aspek kritikal dalam bidang bacaan dan hafazan al-Quran yang perlu diberi bimbingan penyeliaan, latihan dan pemantauan secara berterusan.
  3. merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.

Perhatian

Penggunaan Buku Penilaian Pencapaian al-Quran KBSR hendaklah dilaksanakan mulai tahun 2003 dan bagi mencapai objektif di atas, semua Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan yang melaksanakan mata pelajaran Pendidikan Islam hendaklah melaksanakan perkara-perkara berikut :

  1. Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bidang Asuhan Tilawah alQuran.
  2. Melaksanakan penilaian pencapaian al-Quran murid dari semasa ke semasa dengan menggunakan Borang Penilaian Tilawah dan Hafazan al-Quran yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Buku Panduan Penilaian Pencapaian Al-Quran KBSR (Sila rujuk Surat Siaran (JAPIM)5206/4/41Jld.2(4) mengenai Pelaksanaan Jawi dan Al-Quran.
  3. Mengambil langkah pengurusan serta pengajaran dan pembelajaran bagi membolehkan semua murid mencapai tahap yang dikehendaki.
  4. Mengemaskini serta melengkapkan semua borang untuk dihantar ke Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pendidikan Malaysia mengikut prosedur yang ditetapkan di dalam Buku Panduan Penilaian Pencapaian al-Quran KBSR.

Pelaksanaan

Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah, Pengetua dan Guru Besar di bawah pentadbiran Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan.

SPI Bil.04/2003 Pekeliling Penggunaan Buku Panduan Penilaian Pencapaian Al-Quran KBSR

Secara ringkasnya, pekeliling ini memaklumkan mengenai penggunaan “Buku Panduan Penilaian Pencapaian Al-Quran KBSR” di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan seluruh negara.

Nama Pekeliling : Penggunaan Buku Panduan Penilaian Pencapaian Al-Quran KBSR

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.04/2003 Pekeliling Penggunaan Buku Panduan Penilaian Pencapaian Al-Quran KBSR

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Vote 5 Stars

Add Comment

error: Content is protected !!