SPI Bil.01/2003 Pekeliling Status Pelaksanaan Mata Pelajaran Sains Tambahan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

Tujuan Pekeliling Status Pelaksanaan Mata Pelajaran Sains Tambahan  Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dikeluarkan

Surat pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan status pelaksanaan mata pelajaran Sains Tambahan bagi Tingkatan 4 dan 5 sekolah menengah atas.

Latar Belakang

Mata pelajaran Sains Tambahan adalah mata pelajaran elektif bagi Tingkatan 4 dan 5 dan ditawarkan sebagai mata pelajaran elektif pilihan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Mata pelajaran ini juga hendaklah diambil bersama-sama mata pelajaran Sains Teras KBSM kerana Sains Tambahan adalah lanjutan kepada Sains Teras.

Perhatian

Pada tahun 2003 pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains Tambahan bagi Tingkatan 4 dan 5 hendaklah terus mengguna pakai

  1. Sukatan Pelajaran Sains Tambahan KBSM edisi 1991.
  2. Huraian Sukatan Pelajaran Sains Tambahan sedia ada yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
  3. Buku teks yang sedia ada.

Bahan-bahan kurikulum tersebut di atas hendaklah terus diguna pakai sehingga diberitahu kelak.

Pelaksanaan

Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah dan Pengetua-pengetua sekolah menengah di bawah pentadbiran Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan.

SPI Bil.01/2003 Pekeliling Status Pelaksanaan Mata Pelajaran Sains Tambahan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

Secara ringkasnya, pekeliling ini memaklumkan status pelaksanaan mata pelajaran Sains Tambahan bagi Tingkatan 4 dan 5 sekolah menengah atas.

Nama Pekeliling : Status Pelaksanaan Mata Pelajaran Sains Tambahan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dikeluarkan

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.01/2003 Pekeliling Status Pelaksanaan Mata Pelajaran Sains Tambahan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dikeluarkan

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Add Comment

error: Content is protected !!