SPI Bil.01/1999 Pekeliling Garis Panduan Pengendalian Aktiviti Sokongan Bahasa Inggeris Di Sekolah

Garis Panduan Pengendalian Aktiviti Sokongan Bahasa Inggeris Di Sekolah

 

Tujuan Pekeliling Garis Panduan Pengendalian Aktiviti Sokongan Bahasa Inggeris Di Sekolah dikeluarkan

Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memberi arahan kepada sekolah menjalankan aktiviti sokongan Bahasa Inggeris bagi tujuan menambah masa pendedahan pelajar kepada bahasa tersebut.

Latar Belakang

Kementerian Pendidikan Malaysia mendapati bahawa penguasaan Bahasa Inggeris, dari segi pembinaan minat dan pencapaian pelajar, boleh dipertingkatkan dengan menambah masa pendedahan pelajar kepada bahasa tersebut. Ini terbukti di sekolah-sekolah yang telahpun menjalankan aktiviti-aktiviti sokongan. Narnun demikian, kebanyakan sekolah didapati membataskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris hanya kepada peruntukan masa dalam jadual waktu sahaja.

Oleh kerana peruntukan masa pengajaran Bahasa Inggeris dalam jadual waktu adalah terhad dan tidak mungkin dapat ditambah tanpa menjejaskan masa untuk mata pelajaran lain, maka penambahan masa pendedahan ini hendaklah dilakukan melalui aktiviti-aktiviti sokongan di luar bilik darjah.

Perhatian

Pihak sekolah bolehlah membuat penyesuaian ke atas aktiviti yang hendak dijalankan mengikut keadaan dan kemudahan sekolah.

Pelaksanaan

Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling lkhtisas ini kepada semua sekolah di negeri Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan.

SPI Bil.01/1999 Pekeliling Garis Panduan Pengendalian Aktiviti Sokongan Bahasa Inggeris Di Sekolah

Secara ringkasnya, pekeliling ini memberi arahan kepada sekolah menjalankan aktiviti sokongan Bahasa Inggeris bagi tujuan menambah masa pendedahan pelajar kepada bahasa tersebut.

Nama Pekeliling : Garis Panduan Pengendalian Aktiviti Sokongan Bahasa Inggeris Di Sekolah

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.01/1999 Pekeliling Garis Panduan Pengendalian Aktiviti Sokongan Bahasa Inggeris Di Sekolah

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Add Comment