SPI Bil.01/1997 Pekeliling Dasar dan Peraturan Mengenai Nama Sekolah

Dasar dan Peraturan Mengenai Nama Sekolah

 

Tujuan Pekeliling Dasar dan Peraturan Mengenai Nama Sekolah dikeluarkan

Surat Pekeliling Ikhtisas ini bertujuan untuk memaklumkan dasar dan peraturan mengenai Nama Sekolah.

Dasar dan Peraturan Baru Kementerian Pendidikan Malaysia Mengenai Nama Sekolah. 

 

  1. Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) diubah kepada ”Sekolah Jenis Kebangsaan” (SJK).
  2. Sekolah Rendah Kerajaan (SRK), Sekolah Rendah Bantuan (SRB) dan Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK), diubah kepada ”Sekolah Kebangsaan” (SK).
  3. Sekolah Kebangsaan (SK) adalah dikekalkan.
  4. Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK), Sekolah Menengah Kerajaan (SMK), Sekolah Menengah Bantuan (SMB) dan Sekolah Menengah (SM) diubah kepada ”Sekolah Menengah Kebangsaan” (SMK).
  5. Nama-nama sekolah hendaklah ditulis dengan penuh. Penggunaan huruf singkatan seperti ”REN”, ”MEN”, ”KEB”, ”SEK”, ”SBP” dan ”SMT/SMV” tidak dibenarkan.

Perhatian

Tarikh akhir pelaksanaan pertukaran nama sekolah ialah 1 Januari 1998.

Pelaksanaan

Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua sekolah di negeri Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan. Sekian.

SPI Bil.01/1997 Pekeliling Dasar dan Peraturan Mengenai Nama Sekolah

Secara ringkasnya, pekeliling ini memaklumkan dasar dan peraturan mengenai Nama Sekolah.

Nama Pekeliling : Dasar dan Peraturan Mengenai Nama Sekolah

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.01/1997 Pekeliling Dasar dan Peraturan Mengenai Nama Sekolah

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Vote 5 Stars

Add Comment

error: Content is protected !!