SPI Bil.01/1996 Pekeliling Sikap Mengutamakan Keceriaan Dan Kebersihan Di Kalangan Pelajar

Sikap Mengutamakan Keceriaan Dan Kebersihan Di Kalangan Pelajar

 

Tujuan Pekeliling Sikap Mengutamakan Keceriaan Dan Kebersihan Di Kalangan Pelajar dikeluarkan

Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan adalah bertujuan mengingatkan para Pengetua dan Guru Besar supaya mengambil tindakan segera untuk :-

  1. Mematuhi dan melaksanakan semua Surat Pekeliling Ikhtisas yang berkaitan.
  2. Meningkatkan usaha dan menggunakan inisiatif serta kreativiti sendiri dalam memastikan sekolah dalam keadaan indah dan bersih sepanjang masa.
  3. Mengamal tindakan posiitif dalam memupuk kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam diri pelajar supaya mereka dapat menjadikan amalan menjaga keindahan dan kebersihan sebagai cara hidup yang berkekalan.

Latar Belakang

Persoalan mengenai sikap mengutamakan keceriaan dan kebersihan di kalangan pada pelajar telah disuarakan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri baru-baru ini. Hal ini timbul melalui pemerhatian mereka terhadap keadaan yang wujud di sekolah-sekolah pada masa kini.

Demi menjadikan sekolah sebagai kawasan yang indah, selesa dan menggembirakan, serta dapat merangsang pembelajaran yang berkesan, faktor penglibatan pelajar perlu dititikberatkan. Sikap pelajar ke arah mengutamakan kebersihan perlu dibina dalam diri mereka. Kesedaran tentang perlunya penjagaan kebersihan bilik darjah, kantin, padang permainan, taman bunga, tandas serta keseluruhan persekitaran sekolah haruslah dipupuk dalam minda mereka. Penghayatan terhadap keceriaan, keindahan dan kebersihan hendaklah dibudayakan supaya akan menjadi amalan bagi setiap pelajar.

Perhatian

Pelajar juga harus diberi galakan dan kesempatan untuk mengemblengkan tenaga mereka bersama guru dan ibu bapa untuk mengikhtiarkan aktiviti-aktiviti kebersihan dalam waktu luang mereka menerusi kelab dana persatuan sebagai akvitiviti kokurikulum. Insentif atau hadiah yang sesuai harus difikirkan sebagai pengiktirafan sekolah atau PIBG di atas sumbangan pelajar secara individu atau kumpulan pelajar yang merintis program-program kebersihan. Matlamat utama segala usaha pihak sekolah berhubung dengan kebersihan dan keceriaan hendaklah ditumpukan ke arah mewujudkan suasana dan tradisi sekolah yang dapat dibanggakan bersama oleh pelajar, guru dan ibu bapa.

Pelaksanaan

Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua sekolah di bawah pentadbiran Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan.

SPI Bil.01/1996 Pekeliling Sikap Mengutamakan Keceriaan Dan Kebersihan Di Kalangan Pelajar

Secara ringkasnya, pekeliling ini dikeluarkan adalah bertujuan mengingatkan para Pengetua dan Guru Besar supaya mengambil tindakan tertentu dalam mengutamakan keceriaan dan kebersihan di kalangan pelajar.

Nama Pekeliling : Sikap Mengutamakan Keceriaan Dan Kebersihan Di Kalangan Pelajar

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.01/1996 Pekeliling Sikap Mengutamakan Keceriaan Dan Kebersihan Di Kalangan Pelajar

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan

Add Comment

error: Content is protected !!