SPI Bil.01/1995 Pekeliling Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di Dalam dan Di Luar Kawasan Sekolah

Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran  Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Serta  Kegiatan Kokurikulum dan Sukan  Di Dalam dan Di Luar Kawasan Sekolah

 

Tujuan Pekeliling Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran  Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Serta  Kegiatan Kokurikulum dan Sukan  Di Dalam dan Di Luar Kawasan Sekolah dikeluarkan

Tujuan surat pekeliling ini adalah untuk memperingatkan semua guru Pendidikan Jasmani dan Sukan supaya berwaspada  terhadap kemungkinan-kemungkinan yang boleh menyebabkan berlakunya kejadian yang tidak diingini ke atas diri pelajar serta mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengelakkannya. Pada setiap masa, keselamatan pelajar semestinya menjadi pertimbangan utama.

Latar Belakang

Sebagaimana Y.Bhg. Datuk/Tuan sedia maklum bahawa keselamatan semasa pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, kegiatan kokurikulum dan sukan adalah sentiasa diutamakan. Walau bagaimanapun kemalangan atau kecederaan mungkin boleh berlaku tanpa diduga.

Langkah-langkah

  1. Guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
    1. Menjaga keselamatan pelajar dengan rapi semasa di dalam atau di luar bilik darjah.
    2. Bertanggungjawab untuk mengeluar, mengguna dan menyimpan alatalat sukan, walaupun boleh dibantu oleh pelajar.
  2. Guru Kokurikulum dan Sukan
    1. Guru-guru mestilah mengawasi dan peka terhadap keselamatan pelajar-pelajar yang melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum dan sukan.
    2. Guru-guru hendaklah mempastikan semua alat sukan berada dalam keadaan baik dan selamat sebelum digunakan.
  3. Pelajar
    1. Semua pelajar mestilah mematuhi setiap arahan guru dengan sepenuhnya semasa mengikuti pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan atau gerakerja kokurikulum dan sukan.
    2. Pelajar-pelajar yang tidak dapat mengikuti pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan hendaklah berada bersama guru.
  4. Stor Sukan
    1. Stor sukan mestilah kemas dan tersusun.
    2. Alat-alat sukan mestilah diletakkan pada tempat-tempat yang mudah diambil untuk kegunaan.
    3. Setiap alat yang dikeluarkan dari stor sukan mestilah direkodkan dalam buku ’keluar dan masuk alat-alat sukan’.
  5. Cuaca/Musim
    1. Guru hendaklah menggunakan budi bicara supaya keadaan cuaca/musim tidak membahayakan pelajar sewaktu melaksanakan aktiviti.
  6. Laporan Kemalangan atau Kecederaan
    1. Sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku hendaklah disiasat dan dilaporkan kepada pengetua/guru besar dengan segera.
  7. Skim Perlindungan Diri
    1. Sekolah digalakkan mengadakan skim perlindungan diri untuk semua pelajar.
  8. Penyelenggaraan Peralatan Sukan
    1. Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan/Setiausaha Sukan hendaklah memeriksa dan bertanggungjawab menyelenggara stor dan alat-alat sukan dari masa ke masa untuk mempastikan semua peralatan sukan dalam keadaan baik.

Pelaksanaan

Y.Bhg. Datuk/Tuan adalah diminta menyebarkan kandungan surat ini kepada semua sekolah-sekolah di negeri Y.Bhg. Datuk/Tuan.

SPI Bil.01/1995 Pekeliling Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di Dalam dan Di Luar Kawasan Sekolah

Secara ringkasnya, pekeliling ini memperingatkan semua guru Pendidikan Jasmani dan Sukan supaya berwaspada  terhadap kemungkinan-kemungkinan yang boleh menyebabkan berlakunya kejadian yang tidak diingini ke atas diri pelajar

Nama Pekeliling : Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di Dalam dan Di Luar Kawasan Sekolah

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.01/1995 Pekeliling Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di Dalam dan Di Luar Kawasan Sekolah

Oleh : Kementerian Pendidikan Malaysia

Add Comment

error: Content is protected !!