SPI Bil.01/1994 Pekeliling Pembelian Enjin Terpakai dan Penyediaan Bilik Pameran Hasil Pembelajaran Kemahiran Hidup

Pembelian Enjin Terpakai dan Penyediaan Bilik Pameran Hasil Pembelajaran Kemahiran Hidup

 

Tujuan Pekeliling Pembelian Enjin Terpakai dan Penyediaan Bilik Pameran Hasil Pembelajaran Kemahiran Hidup dikeluarkan

Pekeliling ini bertujuan untuk menggalakkan sekolah mendapatkan enjin-enjin terpakai bagi membolehkan pelajar-pelajar memotong enjin-enjin tersebut supaya dapat melihat dan mengetahui peranan dan fungsi komponen-komponen didalamnya.

Latar Belakang

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini telah melawat sebuah sekolah menengah di Wilayah Persekutuan untuk melihat kemajuan yang dicapai dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Memandangkan Malaysia menuju untuk menjadi sebuah negara industri menjelant tahun 2020, beliau menyarankan supaya rakyat mengetahui sedikit sebanyak mengenaii perkara-perkara berkaitan dengan mekanikal dan elektronik.

Perhatian

Enjin-enjin terpakai ini boleh diperolehi dengan cara sumbangan atau dibeli dengan kos paling rendah daripada kedai-kedai besi atau workshop. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah boleh membantu tentang perkara ini. Usaha ini adalah tambahan kepada tindakan Kementerian untuk membekelkan enjin terpakai kepada sekolah. Di mana mungkin sekolah juga dikehendaki menyediakan satu bilik khusus untuk mempamerkan hasil-hasil pembelajaran Kemahiran Hidup khususnya barang-barang mekanikal dan elektronik.

Pelaksanaan

Surat pekeliling ini hendaklah dipanjangkan kepada semua Pegawai Pendidikan Bahagian/Daerah, Pengetua dan Guru Besar di negeri tuan untuk tindakan selanjutnya.

SPI Bil.01/1994 Pekeliling Pembelian Enjin Terpakai dan Penyediaan Bilik Pameran Hasil Pembelajaran Kemahiran Hidup

Secara ringkasnya, pekeliling ini menggalakkan sekolah mendapatkan enjin-enjin terpakai bagi membolehkan pelajar-pelajar memotong enjin-enjin tersebut supaya dapat melihat dan mengetahui peranan dan fungsi komponen-komponen didalamnya.

Nama Pekeliling : Pembelian Enjin Terpakai dan Penyediaan Bilik Pameran Hasil Pembelajaran Kemahiran Hidup

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.01/1994 Pekeliling Pembelian Enjin Terpakai dan Penyediaan Bilik Pameran Hasil Pembelajaran Kemahiran Hidup

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Vote 5 Stars

Add Comment

error: Content is protected !!