SPA Bil.11/2008 Pekeliling Pindaan Kepada Surat Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2008 Mengenai Had Nilai Project ICT yang Memerlukan Kelulusan Teknikal JTICT Bagi Permohonan yang Tidak Melibatkan Pembangunan Sistem Aplikasi

Pekeliling Pindaan Kepada Surat Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2008 Mengenai Had Nilai Project ICT yang Memerlukan Kelulusan Teknikal JTICT Bagi Permohonan yang Tidak Melibatkan Pembangunan Sistem Aplikasi

Tujuan Pekeliling Pindaan Kepada Surat Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2008 Mengenai Had Nilai Project ICT yang Memerlukan Kelulusan Teknikal JTICT Bagi Permohonan yang Tidak Melibatkan Pembangunan Sistem Aplikasi dikeluarkan

Surat Pekeliling Am ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai pindaan kepada perenggan 6.2(b)(iii) dalam Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2008 mengenai had nilai projek ICT yang memerlukan kelulusan teknikal Jawatankuasa Teknikal ICT (JTICT) / Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) bagi permohonan yang tidak melibatkan pembangunan sistem aplikasi.

Pindaan Kepada Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2008

Perenggan 6.2(b)(iii) dalam Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2008 dipinda dengan perenggan 6.2(b)(iii) yang baru seperti berikut:

(a) Perolehan ICT yang bernilai RM50,000 dan kurang daripada RM200,000 hendaklah mendapat kelulusan teknikal daripada Urus setia JPICT Kementerian/Jabatan/Badan Berkanun Persekutuan/Agensi masing-masing;

(b) Perolehan ICT yang bernilai sehingga RM50,000 hendaklah mendapat kelulusan daripada Ketua Jabatan/Agensi/Pusat Tanggungjawab dan tertakluk kepada Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 12 Tahun 2007 mengenai Had Nilai dan Syarat-syarat Pembelian Terus Bagi Bekalan dan Perkhidmatan. Pandangan teknikal daripada Bahagian/Unit/Seksyen Teknologi Maklumat Jabatan/Agensi hendaklah diperolehi terlebih dahulu bagi perolehan yang memerlukan kepakaran teknikal;

(c) Kementerian/Jabatan/Agensi hendaklah memastikan supaya mekanisme pemantauan pelaksanaan perolehan ICT diperkemaskan supaya perolehan yang dibuat adalah berdasarkan kepada keperluan sebenar dan dengan perbelanjaan yang berhemah serta mematuhi peraturan-peraturan semasa yang berkaitan.

 

Tarikh Kuat Kuasa

Surat Pekeliling Am ini adalah berkuat kuasa mulai tarikh ia dikeluarkan.

Pemakaian

Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Surat Pekeliling Am ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan.

SPA Bil.11/2008 Pekeliling Pindaan Kepada Surat Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2008 Mengenai Had Nilai Project ICT yang Memerlukan Kelulusan Teknikal JTICT Bagi Permohonan yang Tidak Melibatkan Pembangunan Sistem Aplikasi

Secara ringkasnya, pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai pindaan kepada perenggan 6.2(b)(iii) dalam Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2008 mengenai had nilai projek ICT yang memerlukan kelulusan teknikal Jawatankuasa Teknikal ICT (JTICT) / Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) bagi permohonan yang tidak melibatkan pembangunan sistem aplikasi.

Nama Pekeliling : Pindaan Kepada Surat Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2008 Mengenai Had Nilai Project ICT yang Memerlukan Kelulusan Teknikal JTICT Bagi Permohonan yang Tidak Melibatkan Pembangunan Sistem Aplikasi

Format Fail : PDF

Download : SPA Bil.11/2008 Pekeliling Pindaan Kepada Surat Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2008 Mengenai Had Nilai Project ICT yang Memerlukan Kelulusan Teknikal JTICT Bagi Permohonan yang Tidak Melibatkan Pembangunan Sistem Aplikasi

Oleh : Ketua Setiausaha Negara

Add Comment

error: Content is protected !!