SPA Bil.08/1983 Pekeliling Pemakaian Tanda Nama

Pekeliling Pemakaian Tanda Nama

Isi Kandungan Pekeliling Pemakaian Tanda Nama 1983

Adalah diperhatikan bahawa semenjak kakitangan kerajaan dan badan-badan berkanun memakai tanda nama sebagai satu daripada usaha untuk meningkatkan perkhidmatan awam khasnya dalam bidang perhubungan awam, berbagai cara dan warna telah digunakan.

Untuk menyeragamkan pemakaian dan penggunaan tanda nama ini, peraturanperaturan berikut hendaklah di ikuti :

  • semua tanda nama hendaklah dibuat daripada plastik dengan huruf berwarna putih berlatarbelakangkan hitam dan berukuran 7.5cm x 2.5 cm seperti contoh yang dilampirkan,
  • hanya satu nama sahaja digunakan,
  • tidak ada had huruf dan sais yang dikenakan dan sekiranya ejaan nama itu berlebihan ia hendaklah dipendekkan atau dikecilkan untuk dimuatkan ke dalam ukuran tanda nama yang telah ditetapkan,
  • gelaran-gelaran darjah kebesaran, keturunan, ‘profesion’, akademik atau ‘initial’ tidak boleh dituliskan,
  • nama jawatan dan logo Jabatan juga tidak harus dimasukkan dalam tanda nama berkenaan, jabatan-jabatan yang hendak menggunakan logo Jabatan, ianya hendaklah diadakan secara berasingan dari tanda nama,
  • tanda nama hendaklah disematkan dibaju di dada sebelah kiri, dan
  • tanda nama hendaklah diasingkan dari pas keselamatan.

 

Pesanan permulaan bagi anggota Jabatan-jabatan yang baru sahaja hendak menggunakan tanda nama dan bagi Jabatan-jabatan yang terpaksa menukar tanda nama bagi mengikut peraturan-peraturan yang tersebut di atas bolehlah dibuat dan dibayar daripada peruntukan Jabatan masing-masing. Bagi menggantikan tanda nama yang rosak atau hilang mereka yang berkenaan hendaklah membayarnya sendiri.

Perubahan kepada tanda nama yang seragam ini bolehlah dibuat secara berperingkat-peringkat mengikut kemampuan jabatan masing-masing. Dengan ini adalah diharapkan tidak lagi timbul kekeliruan berkenaan dengan penggunaan dan pemakaian tanda nama.

Lampiran : Contoh Pemakaian Tanda Nama

Lampiran Pemakaian Tanda Nama

SPA Bil.08/1983 Pekeliling Pemakaian Tanda Nama

Secara ringkasnya, pekeliling ini mengenai cara pemakaian tanda nama yang mengikut garis panduan sebenar bagi mengelakkan perbezaan cara pemakaian yang ketara antara satu sama lain.

Nama Pekeliling : Pemakaian Tanda Nama 

Format Fail : PDF

Download : SPA Bil.08/1983 Pekeliling Pemakaian Tanda Nama

Oleh : Ketua Setiausaha Negara

Vote 5 Stars

Add Comment

error: Content is protected !!