SPA Bil.02/2000 Pekeliling Peranan Jawatankuasa-Jawatankuasa Di Bawah Jawatankuasa It Dan Internet Kerajaan (JITIK)

Tujuan Pekeliling Peranan Jawatankuasa-Jawatankuasa Di Bawah Jawatankuasa It Dan Internet Kerajaan (JITIK) dikeluarkan

Surat Pekeliling Am ini bermaksud untuk menjelaskan peranan Jawatankuasajawatankuasa di bawah Jawatankuasa IT dan Internet Kerajaan (JITIK) khususnya Jawatankuasa Tindakan Pelaksanaan IT (JTPIT), Jawatankuasa Teknikal IT (JTIT) dan Jawatankuasa Latihan dan Pendidikan IT (JLPIT) dalam pembangunan dan pelaksanaan
Information and Communication Technology (ICT) di sektor awam.

Surat Pekeliling Am juga adalah bertujuan untuk menarik perhatian agensi di semua peringkat pentadbiran kepada keputusan Kerajaan bahawa perolehan perkakasan dan perisian ICT perlu dirujuk dan mendapat input dari segi teknikal daripada Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) selaku Urusetia
kepada JITIK.

Latar Belakang

Bagi memastikan pelaksanaan ICT dijalankan secara terancang dan bersepadu, Kerajaan telah menubuhkan JITIK melalui Pekeliling Am Bil. 2 Tahun 1999 bertajuk “Jawatankuasa IT dan Internet Kerajaan (JITIK)”. Antara lain, pekeliling ini menerangkan fungsi JITIK, bidang rujukan JITIK, keahlian JITIK dan pengwujudan JTPIT, JTIT, JLPIT dan jawatankuasa lain bagi membantu pelaksanaan tugas-tugas JITIK.

Fungsi Dan Keahlian JTPIT, JTIT Dan JLPIT

Jawatankuasa Tindakan Pelaksanaan IT (JTPIT)

• JTPIT adalah jawatankuasa utama yang bertanggungjawab kepada JITIK dan memain peranan sebagai penasihat dan pemangkin dalam merumuskan rancangan dan strategi bagi pembangunan dan penggunaan ICT dan Internet di sektor awam. Ia juga menyediakan mekanisme dan perkhidmatan urusetia kepada JITIK bagi mencapai pengurusan dan penggunaan ICT yang strategik di sektor awam. Jawatankuasa ini akan mengesyorkan antara lain, cadangan pembaharuan, dasar, pelan tindakan pelaksanaan, garispanduan dan piawaian ICT kepada JITIK.
• JTPIT dibantu oleh jawatankuasa-jawatankuasa berikut:
a. Jawatankuasa Teknikal IT (JTIT)
b. Jawatankuasa Latihan dan Pendidikan IT (JLPIT)
• Keahlian dan bidang tugas JTPIT adalah seperti di Lampiran A.

Jawatankuasa Teknikal IT (JTIT)

• JTIT terlibat dengan penyelarasan, pemantauan dan segala urusan pengoperasian berkaitan dengan pelaksanaan projek pengkomputeran di semua agensi sektor awam.
• Fungsi utama jawatankuasa ini ialah menimbang dan meluluskan permohonan daripada agensi-agensi sektor awam untuk memperolehi sistem-sistem aplikasi, pelayan (server), rangkaian data, perkakasan dan perisian ICT untuk penggunaan am. Perolehan perkakasan komputer yang digabung kepada instrumen saintifik, perubatan dan untuk tujuan khas pula, tidak memerlukan kelulusan JTIT.
• Jawatankuasa ini juga bertanggungjawab memastikan bahawa perancangan dan pelaksanaan program ICT agensi-agensi dijalankan selaras dengan dasar ICT sektor awam.
• Keahlian dan bidang tugas JTIT adalah seperti di Lampiran B.

Jawatankuasa Latihan dan Pendidikan IT (JLPIT)

• JLPIT memberikan tumpuan kepada keperluan latihan dan pembangunan personel ICT sektor awam dengan tujuan meningkatkan kemahiran dan kepakaran personel supaya ICT dapat dilaksanakan dengan berkesan. Jawatankuasa ini bertanggungjawab mengenalpasti core competency yang diperlukan dan mengesyorkan dasar/latihan bagi pelaksanaan program pembangunan dan penggunaan ICT sektor awam.                                                • Jawatankuasa ini juga bertanggungjawab mengenalpasti program-program bagi mempercepatkan usaha membudayakan ICT dikalangan anggota-anggota Perkhidmatan Awam.
• Keahlian dan bidang tugas JLPIT adalah seperti di Lampiran C.

Tanggungjawab Agensi

JITIK bagi perkara-perkara seperti berikut dengan mengemukakan kertas permohonan berkenaan kepada MAMPU.
a. Pelan Strategik Teknologi Maklumat (ISP) atau rancangan jangka panjang pembangunan dan penggunaan ICT agensi masing-masing;
b. Perolehan baru atau perolehan bagi peningkatan perkakasan dan perisian ICT serta sistem komunikasi;
c. Mendapat khidmat luar (outsourcing) untuk pembangunan sistem aplikasi;
d. Projek ICT dijalankan secara turnkey;
e. Mendapat khidmat pakar runding luar untuk menjalankan kajian berkaitan dengan pembangunan dan pelaksanaan sistem yang menggunakan ICT; dan
f. Mendapatkan perkhidmatan kemasukan data, memproses data dan kemudahan disaster recovery daripada perkhidmatan agensi-agensi luar.

Kertas permohonan bagi melaksanakan projek ICT hendaklah diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Pemandu di peringkat agensi sebelum ianya dihantar kepada MAMPU. Format kertas permohonan adalah seperti di Lampiran D.

Ketua-ketua Jabatan hendaklah memastikan ISP disediakan bagi menyokong pencapaian matlamat agensi masing-masing.

 

Tarikh Kuat Kuasa

Surat Pekeliling Am ini berkuatkuasa mulai daripada tarikh ianya dikeluarkan.

SPA Bil.02/2000 Pekeliling Peranan Jawatankuasa-Jawatankuasa Di Bawah Jawatankuasa It Dan Internet Kerajaan (JITIK)

Secara ringkasnya, pekeliling ini bermaksud untuk menjelaskan peranan Jawatankuasajawatankuasa di bawah Jawatankuasa IT dan Internet Kerajaan (JITIK) khususnya Jawatankuasa Tindakan Pelaksanaan IT (JTPIT), Jawatankuasa Teknikal IT (JTIT) dan Jawatankuasa Latihan dan Pendidikan IT (JLPIT) dalam pembangunan dan pelaksanaan Information and Communication Technology (ICT) di sektor awam.

Nama Pekeliling : Peranan Jawatankuasa-Jawatankuasa Di Bawah Jawatankuasa It Dan Internet Kerajaan (JITIK)

Format Fail : PDF

Download :SPA Bil.02/2000 Pekeliling Peranan Jawatankuasa-Jawatankuasa Di Bawah Jawatankuasa It Dan Internet Kerajaan (JITIK)

Oleh : Ketua Setiausaha Negara

Add Comment

error: Content is protected !!