SPA Bil.01/2004 Pekeliling Penggunaan Sistem Perakam Waktu Elektronik Di Agensi-Agensi Kerajaan

Tujuan Pekeliling Penggunaan Sistem Perakam Waktu Elektronik Di Agensi-Agensi Kerajaan dikeluarkan

Surat Pekeliling ini bertujuan untuk menyediakan garis panduan mengenai penggunaan Sistem Perakam Waktu Elektronik oleh agensi-agensi Kerajaan.

Latar Belakang

Surat Pekeliling Am Bil. 11 Tahun 1981 teah menjelaskan kepentingan dan cara penggunaan Sistem Perakam Waktu. Selaras dengan perkembangan teknologi masa kini, Sistem Perakam Waktu Elektronik menawarkan alternatif yang lebih baik bagi merakam kehadiran dan pergerakan pegawai dan kakitangan di pejabat. Sehubungan itu, agensi
Kerajaan adalah dibenarkan mengguna Sistem Perakam Waktu Elektronik bagi maksud tersebut.

Ciri-Ciri Yang Perlu Ada Pada Sistem Perakam Waktu Elektronik

Agensi-agensi Kerajaan yang ingin menggunakan Sistem Perakam Waktu Elektronik hendaklah memastikan bahawa Sistem Perakam Waktu Elektronik yang dipilih mempunyai ciri-ciri seperti yang dihuraikan di Lampiran kepada surat Pekeliling ini.

 

Pemilihan Sistem Perakam Waktu Yang Sesuai

Surat Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2004 ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Surat Pekeliling Am Bil. 11 Tahun 1981 bertarikh 25 November 1981. Dengan itu, agensi-agensi Kerajaan boleh memilih untuk menggunakan Sistem Perakam Waktu Elektronik atau terus menggunakan sistem perakam waktu seperti yang dinyatakan dalam
Surat Pekeliling Am Bil. 11 Tahun 1981.

 

 

Pemakaian

Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan Surat Pekeliling Am ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Tarikh Kuat Kuasa

Surat Pekeliling ini berkuat kuasa mulai dari tarikh ia dikeluarkan.

SPA Bil.01/2004 Pekeliling Penggunaan Sistem Perakam Waktu Elektronik Di Agensi-Agensi Kerajaan

Secara ringkasnya, pekeliling ini bertujuan untuk menyediakan garis panduan mengenai penggunaan Sistem Perakam Waktu Elektronik oleh agensi-agensi Kerajaan.

Nama Pekeliling : Penggunaan Sistem Perakam Waktu Elektronik Di Agensi-Agensi Kerajaan

Format Fail : PDF

Download : SPA Bil.01/2004 Pekeliling Penggunaan Sistem Perakam Waktu Elektronik Di Agensi-Agensi Kerajaan

Oleh : Ketua Setiausaha Negara

Vote 5 Stars

Add Comment

error: Content is protected !!