SP ICT Bil.01/2011 Pekeliling Dasar Keselamatan ICT (DKICT) Kementerian Pelajaran Malaysia

Pekeliling Dasar Keselamatan ICT (DKICT) Kementerian Pelajaran Malaysia

Tujuan Pekeliling Dasar Keselamatan ICT (DKICT) Kementerian Pelajaran Malaysia dikeluarkan

Surat Pekeliling ini adalah bertujuan untuk melaksana Dasar Keselamatan ICT (DKICT) Kementerian Pelajaran Malaysia di semua agensi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

DKICT KPM merupakan langkah bagi menjamin keselamatan ICT KPM secara menyeluruh daripada ancaman-ancaman pencerobohan dan melindungi aset di ICT KPM.

Latar Belakang

Surat Pekeliling ICT KPM Bil. 1 Tahun 2011 ini dikeluarkan selaras dengan Pekeliling ICT Bil.1 Tahun 2009 – Dasar Keselamatan ICT (DKICT) Kementerian Pelajaran Malaysia bertarikh 28 Februari 2009 dan dikelilingkan kepada semua Ketua Jabatan/ Bahagian dan semua Pengarah Pelajaran Negeri KPM. Pekeling tersebut dirumus bagi memenuhi keperluan penguatkuasaan, kawalan dan langkah yang menyerluh untuk melindungi aset ICT KPM.

Kandungan Dasar

DKICT tersebut mengandungi perkara-perkara seperti berikut :

  • Pembangunan dan Penyelenggaraan Dasar;
  • Oraganisasi Keselamatan;
  • Kawalan dan Pengkelasan Aset;
  • Keselamatan Fizikal dan Persekitaran
  • Keselamat Sumber Manusia;
  • Pengurusan Operasi dan Komunikasi;
  • Pengurusan Insiden Keselamatan ICT;
  • Kawalan Capaian;
  • Pembangunan dan Penyelenggaraan Sistem;
  • Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan; dan
  • Pematuhan

Surat Akuan Pematuhan

Semua Ketua Jabatan/Bahagian/Agensi di KPM perlu memastikan setiap pegawai dan kakitangan dibawahnya untuk menandatangani Surat Akuan Pematuhan DKICT KPM seperti di Lampiran A dan difailkan ke dalam fail peribadi masing-masing.

Pemakaian

Surat pekeliling ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua agensi di bawah KPM kecuali Dewan Bahasa dan Pustaka DBP, Institut Terjemahan Negara Malaysia ITNM dan Majlis Peperiksaan Malaysia MPM.

Tarikh Kuat Kuasa

Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai tarikh ia dikeluarkan.

SP ICT Bil.01/2011 Pekeliling Dasar Keselamatan ICT (DKICT) Kementerian Pelajaran Malaysia

Secara ringkasnya, pekeliling ini bertujuan menerangkan pelaksanaan Dasar Keselamatan ICT (DKICT) Kementerian Pelajaran Malaysia di semua agensi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Nama Pekeliling : Dasar Keselamatan ICT Kementerian Pelajaran Malaysia

Format Fail : PDF

Download : SP ICT Bil.01/2011 Pekeliling Dasar Keselamatan ICT (DKICT) Kementerian Pelajaran Malaysia

Oleh : Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia

Add Comment