SP ICT Bil.01/2009 Pekeliling Garis Panduan Mengenai Tatacara Memohon Kelulusan Teknikal Inisiatif ICT Bahagian dan Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia

Pekeliling Garis Panduan Mengenai Tatacara Memohon Kelulusan Teknikal Inisiatif ICT Bahagian dan Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia

Tujuan Pekeliling Garis Panduan Mengenai Tatacara Memohon Kelulusan Teknikal Inisiatif ICT Bahagian dan Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dikeluarkan

Surat Pekeliling ini bertujuan untuk menentukan tatacara bagi mendapatkan kelulusan dari segi teknikal bagi perolehan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) daripada Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Latar Belakang

Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2009 bertajuk “Garis Panduan Mengenai Tatacara Memohon Kelulusan Teknikal Projek ICT Agensi Kerajaan” yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri telah memberikan garis panduan kepada semua agensi Kerajaan untuk merujuk dan mendapatkan kelulusan dari segi teknikal bagi perolehan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) daripada Jawatankuasa Teknikal ICT (JTICT) yang berurus setia di MAMPU.

Selaras dengan ini Pekeliling ICT KPM Bilangan 2 Tahun 2009 – Tadbir Urus Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) Kementerian Pelajaran Malaysia dikeluarkan untuk menyelaras dan mempertimbangkan kelulusan teknikal bagi perolehan ICT di peringkat KPM.

Kandungan Garis Panduan

Garis Panduan ini menentukan tatacara yang perlu dipatuhi oleh semua Bahagian dan Agensi di KPM dalam memohon kelulusan teknikal berhubung dengan inisiatif ICT terutamanya mengenai tujuh (7) perkara seperti berikut :

(a) Had nilai Inisiatif ICT di KPM yang memerlukan kelulusan teknikal JTICT atau JPICT;
(b) Jenis Skop Inisiatif ICT di KPM yang memerlukan kelulusan teknikal;
(c) Tatacara permohonan kelulusan teknikal inisiatif ICT;
(d) Cara pelaporan kemajuan inisiatif ICT yang diluluskan oleh JTICT;
(e) Cara pelaporan kemajuan inisiatif ICT yang diluluskan oleh JPICT;
(f) Cara pelaporan inisiatif ICT yang diluluskan di peringkat Jawatankuasa ICT (JKICT) Jabatan Pelajaran Negeri (JPN); dan
(g) Tempoh sah laku kelulusan teknikal ICT.

Tanggungjawab Bahagian dan Agensi

Semua Bahagian dan Agensi di KPM adalah dikehendaki mematuhi Garis Panduan Mengenai Tatacara Memohon Kelulusan Teknikal inisiatif ICT KPM dan bertanggungjawab mengambil tindakan-tindakan seperti berikut :

(a) Keperluan mendapatkan kelulusan teknikal perolehan ICT daripada JTICT, JPICT atau JKICT-JPN bagi semua perolehan mengikut had nilai yang ditetapkan;
(b) Mematuhi tatacara memohon kelulusan teknikal perolehan ICT seperti yang ditetapkan di dalam garis panduan;
(c) Melaporkan kemajuan inisiatif-inisiatif ICT yang diluluskan oleh JTICT setiap enam (6) bulan dari tarikh kelulusan sehinggalah inisiatif selesai kepada Urus Setia JPICT di KPM;
(d) Melaporkan kemajuan inisiatif-inisiatif ICT yang diluluskan oleh JPICT setiap tiga (3) bulan dari tarikh kelulusan sehinggalah inisiatif selesai kepada Urus Setia JPICT di KPM; dan
(e) Melaporkan perolehan ICT yang diluluskan oleh JKICT-JPN setiap tiga (3) bulan kepada Urus Setia JKICT-JPN dan Urus Setia perlu memanjangkan laporan tersebut kepada Urus Setia JPICT di KPM.

Pemakaian

Surat Pekeliling ICT ini hendaklah digunapakai oleh semua Bahagian dan Agensi di bawah KPM.

Tarikh Kuatkuasa

Surat Pekeliling ICT ini adalah berkuat kuasa mulai tarikh ia dikeluarkan.

Pembatalan

Dengan berkuatkuasanya Surat Pekeliling ini, Surat Pekeliling ICT Bil. 1 Tahun 2007 (Garis Panduan Mengenai Tatacara Memohon Kelulusan Teknikal Projek ICT Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)) bertarikh 20 Mac 2007 adalah dibatalkan.

Sekian, terima kasih.

SP ICT Bil.01/2009 Pekeliling Garis Panduan Mengenai Tatacara Memohon Kelulusan Teknikal Inisiatif ICT Bahagian dan Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia

Secara ringkasnya, pekeliling ini untuk menentukan tatacara bagi mendapatkan kelulusan dari segi teknikal bagi perolehan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) daripada Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Nama Pekeliling : Garis Panduan Mengenai Tatacara Memohon Kelulusan Teknikal Inisiatif ICT Bahagian dan Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia

Format Fail : PDF

Download : SP ICT Bil.01/2009 Pekeliling Garis Panduan Mengenai Tatacara Memohon Kelulusan Teknikal Inisiatif ICT Bahagian dan Agensi di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia

Oleh : Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia

Vote 5 Stars

Add Comment

error: Content is protected !!