SP ICT Bil.01/2008 Pekeliling Garis Panduan Mengenai Struktur Tadbir Urus Jawatankuasa Laman Web/Portal Kementerian Pelajaran Malaysia

Pekeliling Garis Panduan Mengenai Struktur Tadbir Urus Jawatankuasa Laman Web Portal Kementerian Pelajaran Malaysia

Tujuan Pekeliling Garis Panduan Mengenai Struktur Tadbir Urus Jawatankuasa Laman Web/Portal Kementerian Pelajaran Malaysia dikeluarkan

Surat Pekeliling ini bermaksud memberi garis panduan kepada Ketuaketua Jabatan/Bahagian untuk merujuk dan menerangkan mengenai pengukuhan tadbir urus Jawatankuasa Laman Web/Portal Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Garis Panduan Mengenai Struktur Tadbir Urus Jawatankuasa Laman Web/Portal Kementerian Pelajaran Malaysia adalah seperti di Lampiran kepada Surat Pekeliling ini.

Latar Belakang

Laman Web KPM sentiasa mengalami perubahan dari segi struktur, kandungan dan rekabentuk sebagai usaha untuk mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan kepada rakyat. Bagi memastikan kandungan laman web KPM sentiasa dikemaskini, satu Jawatankuasa Penyelarasan Laman Web KPM telah ditubuhkan pada tahun 2003 dan dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK) serta dianggotai oleh Pentadbir Web dari setiap Jabatan/Bahagian di KPM. Pada masa ini pengemaskinian, pemantauan dan penyelarasan terhadap keseluruhan laman web KPM dilakukan oleh BTMK.

Jabatan/Bahagian di KPM pula bertanggungjawab untuk mengemaskini maklumat serta menyelenggara rekabentuk dan kandungan di laman web masingmasing.

Agensi-agensi KPM telah melaksanakan pelbagai usaha ke arah meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan. Laman web/portal merupakan di antara saluran di dalam menyampaikan perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensiagensi KPM kepada orang ramai. Melalui laman web/portal, agensiagensi dapat memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ke arah menyediakan perkhidmatan yang lebih cekap, cepat dan telus.

Seiring dengan perkembangan teknologi, laman web KPM telah digantikan dengan Portal KPM pada tahun 2005. Portal KPM merupakan gerbang utama atau common gateway yang berasaskan konsep “one stop centre”. Ia dibangunkan bagi memudahkan orang ramai berurusan dengan Kerajaan tanpa perlu mengetahui agensi yang menyediakan perkhidmatan tersebut dan secara langsung meningkatkan kecekapan dan keberkesanan agensi-agensi sektor awam dalam menyalurkan maklumat dan perkhidmatan mereka.

Struktur tadbir urus Jawatankuasa Laman Web/Portal KPM telah ditubuhkan pada 18 September 2007 melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT KPM Bil. 4/2007 berpandukan Garis Panduan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam (Pekeliling Am Bil.1 Tahun 2006) dari Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Sehubungan dengan ini, garis panduan ini telah disediakan sebagai rujukan untuk memastikan kelancaran pengurusan tadbir urus Jawatankuasa Laman Web/Portal Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kandungan Garis Panduan

Garis Panduan Mengenai Struktur Tadbir Urus Jawatankuasa Laman Web/Portal Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan panduan dalam perkara- perkara berikut :

a. Penubuhan dan peranan Struktur Tadbir Urus Jawatankuasa Laman Web/Portal Kementerian Pelajaran Malaysia seperti di Rajah 4 dan merangkumi jawatankuasa-jawatankuasa berikut :

  • Jawatankuasa Induk Pengurusan Laman Web/Portal KPM Jawatankuasa bertanggungjawab dalam menetapkan dasar dan prosedur pengurusan laman web/portal agensi. Bidang rujukan dan keahlian Jawatankuasa Induk ini adalah seperti di Jadual 1.
  • Jawatankuasa Kerja Pengurusan Laman Web/Portal KPM Jawatankuasa memastikan pengurusan laman web/portal dibuat mengikut dasar yang ditetapkan. Bidang rujukan dan keahlian Jawatankuasa Kerja adalah seperti di Jadual 2.
  • Jawatankuasa Teknikal Laman Web/Portal KPM Jawatankuasa bertanggungjawab memberi bantuan teknikal bagi pengurusan laman web/portal. Bidang rujukan dan keahlian Jawatankuasa Induk Teknikal adalah seperti di Jadual 3.

b. Panduan Laman Web/Portal Agensi Sektor Awam seperti :

  • Amalan terbaik global;
  • Prinsip asas laman web/portal;
  • Ciri-ciri laman web/portal;
  • Langkah-langkah keselamatan laman web/portal;
  • Pengukuran prestasi laman web/portal;
  • Polisi tambahan laman web/portal KPM; dan

c. Senarai semak tambahan laman web/portal KPM.

Tanggungjawab Jabatan/Bahagian

Semua Jabatan/Bahagian adalah dikehendaki mematuhi Garis Panduan Mengenai Struktur Tadbir Urus Jawatankuasa Laman Web/Portal Kementerian Pelajaran Malaysia. Sehubungan dengan ini, setiap Jabatan/Bahagian adalah bertanggungjawab mengambil tindakan-tindakan berikut :

a) Menganggotai Jawatankuasa-jawatankuasa seperti yang ditetapkan seperti di Lampiran kepada Surat Pekeliling ini, dan

b) Mematuhi ciri-ciri laman web/portal sendiri yang ditetapkan di dalam garis panduan termasuk polisi tambahan laman web/portal KPM.

Tarikh Kuatkuasa

Pekeliling ini berkuatkuasa mulai tarikh ini dikeluarkan.

 

SP ICT Bil.01/2008 Pekeliling Garis Panduan Mengenai Struktur Tadbir Urus Jawatankuasa Laman Web/Portal Kementerian Pelajaran Malaysia

Secara ringkasnya, pekeliling ini mengenai garis panduan untuk menstrukturkan pentadbiran dan pengurusan AJK laman web atau portal KPM.

Nama Pekeliling : Garis Panduan Mengenai Struktur Tadbir Urus Jawatankuasa Laman Web/Portal Kementerian Pelajaran Malaysia

Format Fail : PDF

Download : SP ICT Bil.01/2008 Pekeliling Garis Panduan Mengenai Struktur Tadbir Urus Jawatankuasa Laman Web/Portal Kementerian Pelajaran Malaysia

Oleh : Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia

Vote 5 Stars

Add Comment

error: Content is protected !!