PPNB Bil.11/2017 Pekeliling Bayaran Insentif Pedalaman

Pekeliling Bayaran Insentif Pedalaman BIP 2017

Tujuan Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) dikeluarkan

Tujuan pekeliling ini dikeluarkan adalah untuk memaklumkan tentang pengiktirafan kawasan pedalaman negeri Sabah bagi maksud Bayaran Insentif Pedalaman (BIP).

Latar Belakang

Bayaran Insentif Pedalaman adalah tertakluk kepada Peraturan 115, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah 2008.

Kajian terakhir kawasan pedalaman di negeri Sabah telah dilaksanakan pada tahun 2000. Sebanyak 581 kawasan telah diisytiharkan sebagai kawasan pedalaman dan disampaikan melalui Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil.
8/2000. Sebanyak 149 kawasan lagi telah dipersetujui oleh Pentadbiran Negeri dan diisytiharkan melalui surat edaran Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Jumlah keseluruhan kawasan pedalaman negeri Sabah adalah
sebanyak 730 kawasan setakat tahun 2015.

Dengan mengambil kira pembangunan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan terhadap kawasan pedalaman di negeri Sabah dalam tempoh 15 tahun (2000 – 2015), terdapat keperluan untuk mengkaji semula 730 kawasan pedalaman yang telah diiktiraf, untuk menentukan sama ada kawasan tersebut masih layak dikategorikan sebagai kawasan pedalaman atau sebaliknya.

Hasil Penilaian Kawasan Pedalaman

Penilaian telah dijalankan terhadap 730 kawasan sedia ada dan 32 kawasan permohonan baharu, hasil daripada penilaian adalah seperti berikut:

  1. Sebanyak 578 kawasan yang mendapat markah penilaian 49% ke bawah telah digugur taraf sebagai kawasan pedalaman; dan
  2. Sebanyak 184 kawasan yang mendapat markah penilaian 50% ke atas layak dikekalkan dan diiktiraf sebagai kawasan pedalaman negeri Sabah seperti dalam Lampiran A.

Syarat bayaran Insentif Pedalaman

Bayaran Insentif Pedalaman sebanyak 10% daripada gaji pokok dibayar kepada pegawai yang diarah bertugas di kawasan pedalaman tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:-

  • diarah secara bertulis untuk berkhidmat di kawasan pedalaman;
  • tinggal menetap di kawasan pedalaman; dan
  • berkhidmat selama tempoh satu bulan kalendar atau lebih di kawasan pedalaman.

Pegawai yang bertugas di kawasan pedalaman tetapi tidak tinggal di kawasan berkenaan, boleh dipertimbangkan Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:-

  • rumah kerajaan tidak disediakan atau rumah kerajaan di kawasan tersebut tidak mencukupi dan tidak ada rumah awam untuk disewa;
  • menghadapi masalah keluarga jika tinggal di kawasan pedalaman;
  • kawasan pedalaman tersebut tidak mempunyai kemudahan asas serta kemudahan awam; dan
  • mendapat kebenaran tinggal di luar kawasan pedalaman daripada Ketua Jabatan.

Agensi yang tidak disenaraikan dalam kawasan yang diiktiraf sebagai kawasan pedalaman boleh dipertimbangkan untuk menerima Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) setelah mendapat pengesahan daripada Pejabat Daerah berkenaan.

Tarikh Kuat Kuasa

Pekeliling ini berkuat kuasa mulai 1 April 2018.

Pemakaian

Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing. Pekeliling Perkhidmatan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Pihak Berkuasa Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri.

Pembatalan

Dengan berkuat kuasanya pekeliling perkhidmatan ini, maka Pekeliling- Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah seperti yang berikut dibatalkan.

  • Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil. 3/1986
  • Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil. 2/1988
  • Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil. 6/1989
  • Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil. 7/1994
  • Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil.10/1994
  • Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bil. 8/2000

Surat-surat edaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia seperti berikut tidak lagi diguna pakai.

  • Surat JPA(S)1511/1 KLT.5(58) bertarikh 25 Ogos 2004
  • Surat JPA(S)1511/1 KLT.6(56) bertarikh 1 Mac 2007
  • Surat JPA(SARAAN)(S)1511/1 Klt.8(11) bertarikh 28 Januari 2009
  • Surat JPA(SARAAN)(S)1511/1 Klt.8(31) bertarikh 13 Disember 2010
  • Surat JPA(SARAAN)(S)1511/1 Jld.9(14) bertarikh 9 Mac 2015

Lampiran A : Senarai Kawasan Pedalaman Negeri Sabah

PPNB Bil.11/2017 Pekeliling Bayaran Insentif Pedalaman

Secara ringkasnya, pekeliling ini adalah untuk memaklumkan tentang pengiktirafan kawasan pedalaman negeri Sabah bagi maksud Bayaran Insentif Pedalaman (BIP).

Nama Pekeliling : Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) 

Format Fail : PDF

Download : PPNB Bil.11/2017 Pekeliling Bayaran Insentif Pedalaman

Oleh : Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

Vote 5 Stars

Add Comment

error: Content is protected !!