PP Bil.19/2008 Pekeliling Tawaran Opsyen Semula Kepada Anggota Yang Telah Memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Dengan hormatnya saya diarah menarik perhatian YBhg.Datuk/Dato’/Datu/Tuan/Puan mengenai perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan pemberian opsyen semula kepada anggota tetap sektor awam yang memilih Skim KWSP berkuat kuasa mulai 1 Februari 2009 sebagaimana yang ditetapkan dan dijelaskan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 19 Tahun 2008.
Sehubungan dengan itu, bagi memastikan pelaksanaan pekeliling tersebut diuruskan dengan sempurna dan teratur, mohon kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Datu/Tuan/Puan memaklum dan memanjangkan kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Khidmat Sokongan (AKS) yang berkenaan di bawah seliaan YBhg. Datuk/Dato’/Datu/Tuan/Puan agar mematuhi perkara-perkara berikut:

PP Bil.19/2008 Pekeliling Tawaran Opsyen Semula Kepada Anggota Yang Telah Memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Secara ringkasnya, pekeliling ini mengenai untuk pemberian opsyen semula kepada anggota tetap sektor awam yang memilih Skim KWSP berkuat kuasa mulai 1 Februari 2009 sebagaimana yang ditetapkan dan dijelaskan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 19 Tahun 2008.

Nama Pekeliling : Tawaran Opsyen Semula Kepada Anggota Yang Telah Memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Format Fail : PDF

Download :PP Bil.19/2008 Pekeliling Tawaran Opsyen Semula Kepada Anggota Yang Telah Memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Oleh : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Add Comment