PP Bil.16/2013 Pekeliling Pindaan Nama Klasifikasi Perkhidmatan Mahir/Separuh Mahir/Tidak Mahir (R)

Tujuan Pekeliling Pindaan Nama Klasifikasi Perkhidmatan  Mahir/Separuh Mahir/Tidak Mahir (R) dikeluarkan

Pekeliling perkhidmatan ini bertujuan untuk memaklum dan melaksanakan keputusan kerajaan mengenai pindaan nama Klasifikasi Perkhidmatan Mahir/Separuh Mahir/Tidak Mahir (R) kepada Klasifikasi Perkhidmatan Kemahiran (H).

Latar Belakang

Selaras dengan usaha kerajaan untuk mengarusperdanakan pendidikan vokasional ke arah melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi, berpengetahuan, berinovatif dan berdaya saing, kerajaan bersetuju supaya Klasifikasi Perkhidmatan Mahir/Separuh Mahir/Tidak Mahir (R) dijenamakan semula bagi memberi pengiktirafan kepada perkhidmatan di bawah klasifikasi perkhidmatan berkenaan.

Pindaan

Bagi melaksanakan hasrat tersebut, nama Klasifikasi Perkhidmatan Mahir/Separuh Mahir/Tidak Mahir dipinda kepada Klasifikasi Perkhidmatan Kemahiran. Berikutan dengan pindaan ini, skim perkhidmatan di bawah klasifikasi perkhidmatan tersebut dipinda kepada Klasifikasi Perkhidmatan Kemahiran dan gred jawatan/gaji dipinda daripada kod R kepada H.

 

Tarikh Kuat Kuasa

Pekeliling perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 November 2013.

Pembatalan

Dengan berkuat kuasanya pekeliling perkhidmatan ini, maka nama Klasifikasi Perkhidmatan Mahir/Separuh Mahir/Tidak Mahir (R) dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 adalah dibatalkan.

 

PP Bil.16/2013 Pekeliling Pindaan Nama Klasifikasi Perkhidmatan Mahir/Separuh Mahir/Tidak Mahir (R)

Secara ringkasnya, pekeliling ini bertujuan untuk memaklum dan melaksanakan keputusan kerajaan mengenai pindaan nama Klasifikasi Perkhidmatan Mahir/Separuh Mahir/Tidak Mahir (R) kepada Klasifikasi Perkhidmatan Kemahiran (H).

Nama Pekeliling : Pindaan Nama Klasifikasi Perkhidmatan Mahir/Separuh Mahir/Tidak Mahir (R)

Format Fail : PDF

Download : PP Bil.16/2013 Pekeliling Pindaan Nama Klasifikasi Perkhidmatan Mahir/Separuh Mahir/Tidak Mahir (R)

Oleh : Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

Vote 5 Stars

Add Comment

error: Content is protected !!