PP Bil.15/2010 Pekeliling Perubahan Perbekalan Kenaikan Pangkat Skim Perkhidmatan Pensyarah Universiti, Pensyarah Perubatan, Pensyarah Pergigian Dan Pensyarah Uitm

Tujuan Pekeliling Perubahan Perbekalan Kenaikan Pangkat Skim Perkhidmatan Pensyarah Universiti, Pensyarah Perubatan, Pensyarah Pergigian Dan Pensyarah Uitm dikeluarkan

Pekeliling perkhidmatan ini bertujuan memaklumkan keputusan Kerajaan mengenai peruntukan perbekalan kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Ulung dalam skim-skim perkhidmatan Pensyarah Universiti, Pensyarah Perubatan, Pensyarah Pergigian dan Pensyarah UiTM.

Latar Belakang

Kerajaan telah bersetuju untuk memperluaskan peluang kemajuan kerjaya kepada pensyarah di IPTA hingga ke peringkat lebih tinggi tanpa perlu memegang sebarang jawatan pentadbiran. Ekoran keputusan tersebut, kerajaan akan mewujudkan jawatan baru yang dikenali sebagai Profesor Ulung Gred Khas Turus III, II dan I.

Kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Ulung akan dilaksanakan berdasarkan kriteriakriteria yang ditetapkan oleh sebuah jawatankuasa di peringkat Kementerian Pengajian Tinggi. Calon yang dinaikkan pangkat ke jawatan Profesor Ulung akan menerima Elaun Profesor Ulung berserta geran penyelidikan.

Perubahan Skim Perkhidmatan

Perbekalan kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Ulung dalam skim-skim perkhidmatanPensyarah Universiti,  Pensyarah Perubatan, Pensyarah Pergigian dan Pensyarah UiTM adalah seperti berikut:

(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap kecemerlangan kesarjanaan yang terkemuka/luar biasa/unggul
mutunya dan syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh kerajaan; dan
(c) diperakukan oleh ketua jabatan/perkhidmatan.

Di samping itu, perbekalan kenaikan pangkat jawatan Profesor Gred Khas C ke Profesor Gred Khas A dalam keadaan istimewa juga ditambah untuk kesemua skim perkhidmatan tersebut. Mana-mana Profesor Gred Khas C yang telah disahkan dalam perkhidmatan dan menunjukkan kecemerlangan akademik yang luar biasa mutunya adalah layak dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat terus ke jawatan Profesor Gred Khas A.

Perbekalan-perbekalan lain dalam keempat-empat skim perkhidmatan pensyarah di universiti adalah tidak berubah. Skim-skim perkhidmatan yang baru adalah seperti di Lampiran A, B, C dan D, manakala format iklan jawatan adalah seperti di Lampiran A1, B1, C1 dan D1.

Pelaksanaan

Dengan berkuat kuasanya perubahan skim perkhidmatan Pensyarah Universiti, Pensyarah Perubatan, Pensyarah Pergigian dan Pensyarah UiTM ini, semua pegawai yang sedang berkhidmat adalah tertakluk kepada skim perkhidmatan yang baru ini

Tarikh Kuat Kuasa

Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 September 2010.

Pembatalan

Dengan berkuatkuasanya Pekeliling Perkhidmatan ini, maka skim Perkhidmatan Pensyarah Universiti, Pensyarah Perubatan, Pensyarah Pergigian Dan Pensyarah Uitm yang berkuat kuasa pada 1 September 2007 melalui Perkeliling Perkhidmatan Bilangan 20 tahun 2008 adalah dibatalkan dan diganti dengan skim perkhidmatan baru ini.

 

PP Bil.15/2010 Pekeliling Perubahan Perbekalan Kenaikan Pangkat Skim Perkhidmatan Pensyarah Universiti, Pensyarah Perubatan, Pensyarah Pergigian Dan Pensyarah Uitm

Secara ringkasnya, pekeliling ini bertujuan memaklumkan keputusan Kerajaan mengenai peruntukan perbekalan kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Ulung dalam skim-skim perkhidmatan Pensyarah Universiti, Pensyarah Perubatan, Pensyarah Pergigian dan Pensyarah UiTM.

Nama Pekeliling : Perubahan Perbekalan Kenaikan Pangkat Skim Perkhidmatan Pensyarah Universiti, Pensyarah Perubatan, Pensyarah Pergigian Dan Pensyarah Uitm

Format Fail : PDF

Download : Perubahan Perbekalan Kenaikan Pangkat Skim Perkhidmatan Pensyarah Universiti, Pensyarah Perubatan, Pensyarah Pergigian Dan Pensyarah Uitm

Oleh : Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

Add Comment