PP Bil.12/2016 Pekeliling Pindaan Skim Perkhidmatan Pegawai Perubatan Dan Skim Perkhidmatan Pegawai Pergigian

Tujuan PekelilingPindaan Skim Perkhidmatan Pegawai Perubatan Dan Skim Perkhidmatan Pegawai Pergigian dikeluarkan

Pekeliling perkhidmatan ini bertujuan untuk memaklum dan melaksanakan keputusan Kerajaan mengenai pindaan skim perkhidmatan Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian yang sedang berkuat kuasa melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016.

Pindaan Skim Perkhidmatan

Selaras dengan keputusan Kerajaan, skim perkhidmatan Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian yang berkuat kuasa dipinda seperti berikut:

(a) skim perkhidmatan Pegawai Perubatan ditambah satu (1) lapisan gred iaitu Gred Pakar UD55/56; dan
(b) skim perkhidmatan Pegawai Pergigian ditambah satu (1) lapisan gred iaitu Gred Pakar UG56.

Skim perkhidmatan Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian yang baharu adalah seperti di Lampiran A dan B. Jadual Gaji Minimum-Maksimum (JGMM) yang baharu adalah seperti di Lampiran C dan D.

Urusan Penjawatan

Pegawai Perubatan Gred UD53/54 dan Pegawai Pergigian Gred UG54 yang diberikan kenaikan pangkat masing-masing ke Gred Pakar UD55/56 atau Gred Pakar UG56, dilaksanakan di atas jawatan sedia ada secara fleksi bagi tujuan pengekalan kepakaran.

Dari segi struktur perjawatan, pewujudan jawatan di Gred Pakar UD55/56 dan Gred Pakar UG56 hendaklah masing-masing difleksikan dengan sekurang-kurangnya satu gred sebelumnya. Hal ini bagi mengelakkan Gred Pakar UD55/56 atau Gred Pakar UG56 dianggap sebagai tambahan hierarki baharu. Gred fleksi adalah seperti Jadual 1
berikut:

Elaun dan Kemudahan

Pindaan ini juga melibatkan penetapan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP), Imbuhan Tetap Keraian (ITK) dan Bayaran Insentif Pakar (BIP) bagi Pegawai Perubatan Gred Pakar UD55/56 dan Pegawai Pergigian Gred Pakar UG56.

Senarai elaun dan kemudahan bagi Pegawai Perubatan Gred Pakar UD55/56 dan Pegawai Pergigian Gred Pakar UG56 adalah seperti di Lampiran E.

Pelaksanaan

Semua pegawai yang sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian adalah tertakluk kepada skim perkhidmatan yang baharu mulai tarikh kuat kuasa pekeliling perkhidmatan ini.

Mulai tarikh kuat kuasa skim perkhidmatan ini, semua lantikan hendaklah menggunakan skim perkhidmatan yang baharu dan syarat lantikan yang ditetapkan hendaklah dipatuhi.

Tarikh Kuat Kuasa

Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa pada 1 Januari 2017

Pembatalan

Dengan berkuatkuasanya Pekeliling Perkhidmatan ini, maka Skim Perkhidmatan Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian yang berkat kuasa pada 1 Julai 2016 melalui Pekeliling Perkhidatan Bilangan 1 Tahun 2016 adalah dibatalkan.

Pemakaian

Tertakluk kepada penerimaanya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan Pekeliling Perkhidmatan ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

PP Bil.12/2016 Pekeliling Pindaan Skim Perkhidmatan Pegawai Perubatan Dan Skim Perkhidmatan Pegawai Pergigian

Secara ringkasnya, pekeliling ini bertujuan untuk memaklum dan melaksanakan keputusan Kerajaan mengenai pindaan skim perkhidmatan Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian yang sedang berkuat kuasa melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016.

Nama Pekeliling : Pindaan Skim Perkhidmatan Pegawai Perubatan Dan Skim Perkhidmatan Pegawai Pergigian

Format Fail : PDF

Download : PP Bil.12/2016 Pekeliling Pindaan Skim Perkhidmatan Pegawai Perubatan Dan Skim Perkhidmatan Pegawai Pergigian

Oleh : Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

Vote 5 Stars

Add Comment

error: Content is protected !!