PP Bil.11/2012 Pekeliling Penjumudan Skim Perkhidmatan Pegawai Penaksir Dan Pembantu Penaksir

Tujuan Pekeliling Penjumudan Skim Perkhidmatan Pegawai Penaksir Dan Pembantu Penaksir dikeluarkan

Pekeliling perkhidmatan ini bertujuan memaklumkan keputusan Kerajaan mengenai penjumudan skim perkhidmatan Pegawai Penaksir dan Pembantu Penaksir sedia ada yang diluluskan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002.

Latar Belakang

Skim perkhidmatan Pegawai Penaksir, Penolong Pegawai Penaksir dan Pembantu Penaksir telah digubal khusus untuk melaksanakan skop tugas berkaitan urusan pentadbiran, penaksiran, pemungutan dan penguatkuasaan hal ehwal percukaian negara di Jabatan Hasil Dalam Negeri (JHDN) selaras dengan fungsi penubuhan JHDN sebagai agensi utama memungut hasil bagi kerajaan. Berikutan dengan pemerbadanan dan pengasingan saraan JHDN kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada 1 Mac 1996, skop tugas skim perkhidmatan Pegawai Penaksir, Penolong Pegawai Penaksir dan Pembantu Penaksir telah diambil alih oleh skim perkhidmatan Pegawai Eksekutif LHDNM (Penaksiran), Penolong Pegawai Eksekutif LHDNM (Penaksiran) dan Pembantu Tadbir LHDNM
(Penaksiran).

Skim perkhidmatan Pegawai Penaksir dan Pembantu Penaksir masih dikekalkan di LHDNM bagi menampung penyandang yang tidak memilih sistem saraan LHDNM. Manakala, bagi skim perkhidmatan Penolong Pegawai Penaksir Gred W27, W32, W36, ia telahpun dimansuhkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2012 mengambil kira ketiadaan penyandang dan skop fungsinya telah diambil alih oleh perkhidmatan Penolong Pegawai Eksekutif LHDNM (Penaksiran).

Pelaksanaan

Dengan keputusan penjumudan skim perkhidmatan Pegawai Penaksir dan Pembantu Penaksir, maka mulai tarikh kuat kuasa pekeliling perkhidmatan ini, semua urusan pelantikan dan pewujudan jawatan bagi kedua-dua skim perkhidmatan berkenaan tidak boleh dilaksanakan.

 

Tarikh Kuat Kuasa

Pekeliling perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2013.

Pembatalan

Dengan berkuat kuasanya Pekeliling Perkhidmatan ini, maka Skim Perkhidmatan Pegawai Penaksir Dan Pembantu Penaksir yang berkuat kuasa melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 adala dibatalkan.

PP Bil.11/2012 Pekeliling Penjumudan Skim Perkhidmatan Pegawai Penaksir Dan Pembantu Penaksir

Secara ringkasnya, pekeliling ini bertujuan memaklumkan keputusan Kerajaan mengenai penjumudan skim perkhidmatan Pegawai Penaksir dan Pembantu Penaksir sedia ada yang diluluskan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002.

Nama Pekeliling : Penjumudan Skim Perkhidmatan Pegawai Penaksir Dan Pembantu Penaksir

Format Fail : PDF

Download : PP Bil.11/2012 Pekeliling Penjumudan Skim Perkhidmatan Pegawai Penaksir Dan Pembantu Penaksir

Oleh : Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Malaysia

Vote 5 Stars

Add Comment

error: Content is protected !!