PP Bil.10/2017 Pekeliling Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Bagi Pegawai Kumpulan Pelaksana

Pekeliling Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Bagi Pegawai Kumpulan Pelaksana

Tujuan Pekeliling Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Bagi Pegawai Kumpulan Pelaksana dikeluarkan

Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan menjelaskan mengenai pelaksanaan dasar kenaikan pangkat secara time-based berasaskan kecemerlangan bagi pegawai Kumpulan Pelaksana untuk kali pertama dan kedua.

Latar Belakang

Kerajaan telah memperkenalkan kaedah kenaikan pangkat secara time-based bagi pegawai Kumpulan Pelaksana mulai tahun 2009 dengan tujuan untuk memberi peluang kenaikan pangkat kepada pegawai yang mencapai tahap kecemerlangan prestasi tanpa terikat dengan kekosongan jawatan hakiki.

 

Pelaksanaan Time-Based Kali Pertama (TBK1)

Kerajaan pada 1 Julai 2009 telah memutuskan pelaksanaan kenaikan pangkat secara time-based bagi pegawai Kumpulan Pelaksana yang berada di gred lantikan 15 tahun dan lebih dalam skim perkhidmatan semasa secara Khas Untuk Penyandang (KUP). Seterusnya pada 1 Julai 2013, Kerajaan telah menambah baik kaedah kenaikan pangkat ini berdasarkan kepada prinsip Time-Based Berasaskan Kecemerlangan dan tempoh kenaikan pangkat telah dipendekkan daripada 15 tahun kepada 13 tahun.

Syarat dan pelaksanaan kenaikan pangkat secara time-based berasaskan kecemerlangan bagi pegawai Kumpulan Pelaksana yang telah berkhidmat 13 tahun di gred lantikan adalah di Lampiran A.

Pelaksanaan Time-Based Kali kedua (TBK2)

Bagi memberi peluang kemajuan kerjaya yang lebih baik kepada pegawai dalam Kumpulan Pelaksana, Kerajaan telah bersetuju supaya pelaksanaan kenaikan pangkat time-based berasaskan kecemerlangan dipanjangkan kepada pegawai yang berada 13 tahun atau lebih di lapisan pertama gred kenaikan pangkat untuk dinaikkan pangkat secara KUP ke lapisan kedua gred kenaikan pangkat berdasarkan time-based berasaskan kecemerlangan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2018.

Laluan kenaikan pangkat secara time-based berasaskan kecemerlangan bagi Kumpulan Pelaksana adalah seperti berikut:

Contoh 1 : Juruteknik Komputer

Gred

Perkhidmatan di Gred

Kenaikan

Pangkat TBK

FT19

(Gred
lantikan)

13 tahun dan tahap prestasi

baik
atau cemerlang

TBK1

(FT19 ke
FT22)

FT22

(Lapisan pertama gred

kenaikan
pangkat)

13 tahun dan tahap prestasi

baik
atau cemerlang

TBK2

(FT22 ke
FT26)

 

Contoh 2: Pengawas Hutan (Skim Perkhidmatan Bersepadu)

Gred

Perkhidmatan di Gred

Kenaikan

Pangkat TBK

G20
(Setara gred lantikan G19)

13 tahun dan tahap prestasi

baik
atau cemerlang

TBK1
(G20 ke G22)

G22
(Lapisan pertama gred
kenaikan pangkat)

13 tahun dan tahap prestasi

baik
atau cemerlang

TBK2
(G22 ke G26)

Pegawai Yang Layak

Pegawai yang layak dipertimbangkan kenaikan pangkat secara TBK2 adalah seperti berikut:

  • pegawai yang dilantik secara tetap;
  • memenuhi tempoh perkhidmatan 13 tahun atau lebih di lapisan pertama gred kenaikan pangkat pada atau selepas 1 Januari 2018;
  • pegawai dalam Skim Perkhidmatan Bersepadu yang dilantik secara terus ke gred lantikan yang setara dengan lapisan pertama gred kenaikan pangkat.

Contoh:

Penerbit Rancangan yang dilantik terus ke Gred B31 (setara Gred B32) atau Pereka yang dilantik terus ke Gred B21 (setara Gred B22); dan

  • pegawai yang meninggal dunia pada atau selepas 1 Januari 2018 dan telah berkhidmat 13 tahun ke atas di lapisan pertama gred kenaikan pangkat.

Pegawai Yang Tidak Layak

Pegawai yang tidak layak dipertimbangkan kenaikan pangkat TBK2 adalah seperti berikut:

  • pegawai dalam skim perkhidmatan tertentu yang diperuntukkan tempoh time-based berbeza (contoh: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Kumpulan Pelaksana); dan
  • pegawai yang bersara pada atau sebelum 1 Januari 2018.

Syarat Kenaikan Pangkat

Pegawai layak dipertimbangkan kenaikan pangkat oleh Lembaga Kenaikan Pangkat berkenaan tertakluk memenuhi syarat berikut :

  • Syarat Umum Kenaikan Pangkat Memenuhi syarat umum kenaikan pangkat yang berkuat kuasa iaitu:
    (a) telah disahkan dalam perkhidmatan;
    (b) diperaku oleh Ketua Jabatan;
    (c) mengisytiharkan harta berdasarkan peraturan yang berkuat kuasa;
    (d) bebas daripada sebarang hukuman tatatertib;
    (e) lulus Tapisan Keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
    (SPRM); dan
    (f) bebas daripada disenaraikan sebagai peminjam pendidikan tegar
    dari institusi pinjaman pendidikan.
  • Penilaian Prestasi
    (a) Memperoleh markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) sekurang-kurangnya 80% bagi tiga (3) tahun terkini.
  • Penilaian Kecemerlangan
    (a) Memperoleh penilaian kecemerlangan di tahap BAIK atau CEMERLANG. Penilaian kecemerlangan adalah mengguna pakai Borang Penilaian Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Kali Kedua seperti di Lampiran B; dan
    (b) Penilaian kecemerlangan hendaklah dilaksanakan dalam tempoh tiga (3) bulan sebelum pegawai genap tempoh 13 tahun. Penilaian berkenaan perlu dilengkapkan oleh penyelia pegawai yang berada di gred lebih tinggi daripada gred pegawai yang dinilai, yang kemudiannya disahkan oleh Ketua Jabatan.

Syarat Kekompetenan

Pegawai dalam skim perkhidmatan tertentu yang memperuntukkan syarat kemahiran khas/ lesen khas/ sijil kemahiran/ ujian kemahiran/ sijil kecekapan untuk kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi, dikecualikan daripada memenuhi syarat berkenaan. Pegawai yang dinaikkan pangkat secara TBK2 ini tidak boleh mengisi dan menjalankan tugas serta tidak layak diberi elaun yang memerlukan pegawai memiliki syarat kelayakan/ kemahiran berkaitan untuk menjalankan tugas di gred jawatan kenaikan pangkat sehingga memiliki kelayakan/ kemahiran seperti diperuntukkan dalam skim perkhidmatan berkenaan.

Tempoh Perkhidmatan Yang Diambil Kira

Tempoh yang boleh diambil kira bagi pengiraan tempoh perkhidmatan 13 tahun adalah bermula daripada tarikh kenaikan pangkat ke lapisan pertama gred kenaikan pangkat atau tarikh lantikan ke gred lantikan yang setara dengan lapisan pertama gred kenaikan pangkat dalam skim perkhidmatan semasa. Tempoh perkhidmatan yang diambil kira ini termasuklah :

  • tempoh perkhidmatan pegawai dalam gred jawatan sebelum opsyen pertukaran pelantikan atas keputusan Kerajaan ke skim perkhidmatan yang sama atau skim perkhidmatan lain pada gred yang sama/ setara (dalam kumpulan kelayakan masuk yang sama) ;
    Contoh: Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N22 yang telah berkhidmat selama 2 tahun yang ditukar lantik ke Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W22. Tempoh perkhidmatan 2 tahun di jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N22 boleh diambil kira.
  • tempoh perkhidmatan pegawai dalam gred jawatan sebelum ditukar lantik atas permohonan pegawai ke skim perkhidmatan dan gred yang sama di bawah Pihak Berkuasa Melantik yang berlainan;
  • tempoh perkhidmatan pegawai di jawatan pertukaran sementara/ peminjaman sebelum ditukar tetap ke agensi peminjam di gred yang sama/ setara; dan
  • tempoh perkhidmatan pegawai yang melepas atau meletak jawatan dan dilantik semula ke skim perkhidmatan yang sama dan gred yang setara dengan lapisan pertama gred kenaikan pangkat

Tempoh Perkhidmatan Yang Tidak Diambil Kira

Tempoh yang tidak diambil kira bagi pengiraan tempoh perkhidmatan 13 tahun adalah seperti berikut:

  • tempoh percubaan dengan denda (bagi pegawai yang dilantik terus ke gred lantikan yang setara dengan gred kenaikan pangkat);
  • jumlah hari pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti, tanpa kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah;
  • Tempoh hilang kekananan di gred semasa akibat daripada dikenakan hukuman tatatertib di gred tersebut1; dan
  • semua jenis cuti yang tidak dibayar gaji dan semua jenis cuti yang dibayar separuh gaji kecuali Cuti Belajar Tanpa Gaji dan Cuti Belajar Separuh Gaji.

Penetapan Tarikh Kenaikan Pangkat

Tarikh kenaikan pangkat bagi pegawai yang telah memenuhi semua syarat kenaikan pangkat TBK2 adalah seperti berikut:

Pegawai yang tidak berjaya dalam sesuatu urusan kenaikan pangkat TBK2 kerana tidak memenuhi syarat yang ditetapkan seperti di perenggan 9, layak dipertimbangkan setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Bagi pegawai yang tidak memenuhi syarat markah LNPT yang ditetapkan, pegawai layak dipertimbangkan semula pada tahun berikutnya berasaskan LNPT terkini. Tarikh kenaikan pangkat pegawai adalah pada 1 Januari tahun pegawai mencapai prestasi yang ditetapkan atau sehari selepas genap enam (6) bulan pegawai memenuhi tempoh perkhidmatan, mana yang terkemudian. Contoh kaedah penetapan tarikh kenaikan pangkat adalah seperti berikut:

Bagi pegawai yang memperoleh penilaian kecemerlangan KURANG MEMUASKAN, keputusan hendaklah dimaklumkan kepada pegawai sebelum pertimbangan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat seperti format di Lampiran B1. Pegawai boleh mengemukakan rayuan secara bertulis kepada Ketua Jabatan dalam tempoh tiga puluh (30) hari daripada tarikh keputusan disampaikan kepada pegawai.

Pelantikan Panel Rayuan untuk menilai semula tahap kecemerlangan pegawai adalah mengikut kaedah yang sama bagi pertimbangan rayuan TBK1 seperti di perenggan 17, Lampiran A. Keputusan Panel Rayuan dinyatakan melalui Borang Penilaian Semula Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Kali Kedua seperti di Lampiran B2. Tarikh kenaikan pangkat pegawai ditetapkan seperti berikut:

  • Pegawai Yang Berjaya Dalam Rayuan
    Tarikh kenaikan pangkat bagi pegawai yang berjaya dalam rayuan kenaikan pangkat TBK2 adalah sehari selepas genap tempoh 13 tahun. Contoh kaedah penetapan tarikh kenaikan pangkat adalah seperti berikut:

  • Pegawai Yang Gagal Dalam Rayuan
    Tarikh kenaikan pangkat bagi pegawai yang gagal dalam rayuan kenaikan pangkat TBK2 adalah sehari selepas genap enam (6) bulan pegawai memenuhi tempoh berkhidmat selama 13 tahun. Contoh kaedah penetapan tarikh kenaikan pangkat adalah seperti berikut:

Bagi pegawai yang tidak memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan selain syarat markah LNPT dan penilaian kecemerlangan, pegawai layak dipertimbangkan semula selepas memenuhi syarat yang berkenaan. Tarikh kenaikan pangkat adalah pada tarikh terakhir pegawai memenuhi syarat yang berkenaan.

Carta alir bagi urusan kenaikan pangkat secara time-based berasaskan kecemerlangan adalah seperti di Lampiran C.

Pelaksanaan Urusan Pemangkuan/ Kenaikan Pangkat

Pegawai yang sedang memangku secara hakiki di gred kenaikan pangkat lapisan kedua dan telah memenuhi tempoh perkhidmatan 13 tahun, urusan kenaikan pangkat boleh dibuat segera tanpa perlu memenuhi syarat tempoh pemangkuan. Tarikh kuat kuasa kenaikan pangkat adalah pada tarikh pemangkuan tertakluk pegawai
memenuhi syarat-syarat kenaikan pangkat yang ditetapkan.

Pegawai yang dinaikkan pangkat secara time-based berasaskan kecemerlangan hendaklah dipertimbangkan bersama dengan pegawai yang dinaikkan pangkat mengisi kekosongan hakiki dalam urusan kenaikan pangkat ke gred seterusnya tertakluk kepada memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat.

Perekodan Keputusan

Semua Keputusan Penilaian Kecemerlangan TBK1 dan TBK2 hendaklah direkodkan dalam Kenyataan Perkhidmatan pegawai seperti berikut:

Pemakluman Keputusan

Keputusan Lembaga Kenaikan Pangkat sama ada pegawai berjaya atau gagal hendaklah dimaklumkan kepada pegawai yang terlibat dengan urusan kenaikan pangkat time-based berasaskan kecemerlangan mengikut peraturan yang berkuat kuasa.

Penyeliaan Dan Pangkat

Pegawai yang dinaikkan pangkat secara TBK1 atau TBK2 masih tertakluk kepada penyeliaan pegawai yang mengisi jawatan kenaikan pangkat (hakiki) berdasarkan struktur organisasi.

Bagi perkhidmatan beruniform, Ketua Perkhidmatan, jika ada keperluan, boleh membezakan tanda pangkat pegawai mengikut kesesuaian antara pegawai yang dinaikkan pangkat secara time-based berasaskan kecemerlangan dan yang mengisi jawatan kenaikan pangkat (hakiki).

Penempatan dan Pertukaran

Pegawai yang dinaikkan pangkat secara TBK1 atau TBK2 boleh diarah oleh Ketua Jabatan/ Ketua Perkhidmatan untuk mengisi jawatan di gred kenaikan pangkat secara hakiki.

Skop Tugas Tamabahan

Selaras dengan laluan kenaikan pangkat time-based berasaskan kecemerlangan, Ketua Jabatan hendaklah menyediakan skop tugas tambahan yang bersesuaian dengan gred dan skim perkhidmatan pegawai bagi memastikan pegawai yang dinaikkan pangkat time-based berasaskan kecemerlangan melaksanakan tugas tambahan bersesuaian dengan gred kenaikan pangkat yang diperolehi.

Pembatalan

Dengan berkuatkuasanya Pekeliling Perkhidmatan ini, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2013 – Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Bagi Pegawai Kumpulan Pelaksana Yang Berada Di Gred Lantikan adalah dibatalkan.

Tarikh Kuat Kuasa

Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2018.

Pemakaian

Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan Pekeliling Perkhidmatan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

 

Borang Penilaian Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Kali Pertama (TBK1)

Borang Penilaian Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Kali Kedua (TBK2)

PP Bil.10/2017 Pekeliling Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Bagi Pegawai Kumpulan Pelaksana

Secara ringkasnya, pekeliling ini mengenai pelaksanaan dasar baru bagi kenaikan pangkat melalui time-based berdasarkan kecemerlangan.

Nama Pekeliling : Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Bagi Pegawai Kumpulan Pelaksana 

Format Fail : PDF

Download : PP Bil.10/2017 Pekeliling Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Bagi Pegawai Kumpulan Pelaksana

Oleh : Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

Add Comment