PP Bil.10/2012 Pekeliling Pemansuhan Skim Perkhidmatan Pengawas Pemulihan, Pengurus Stesen Dan Penolong Pegawai Penaksir

Tujuan Pekeliling Pemansuhan Skim Perkhidmatan Pengawas Pemulihan, Pengurus Stesen Dan Penolong Pegawai Penaksir dikeluarkan

Pekeliling perkhidmatan ini bertujuan memaklumkan keputusan Kerajaan mengenai pemansuhan skim perkhidmatan Pengawas Pemulihan, Pengurus Stesen dan Penolong Pegawai Penaksir sedia ada yang diluluskan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002.

Latar Belakang

Bagi memperkemaskan struktur Perkhidmatan Awam, Kerajaan telah bersetuju supaya skim perkhidmatan yang perkhidmatannya tidak lagi diperlukan dan tidak lagi mempunyai penyandang dimansuhkan. Sehubungan itu, tiga (3) skim perkhidmatan telah dikenal pasti untuk dimansuhkan iaitu Pengawas Pemulihan, Pengurus Stesen dan Penolong Pegawai Penaksir.

 

Pelaksanaan

Mulai tarikh kuat kuasa Pekeliling Perkhidmatan ini, semua urusan pelantikan sebagai Pengawas Pemulihan, Pengurus Stesen dan Penolong Pegawai Penaksir tidak boleh dilaksanakan. Berikutan pemansuhan tersebut juga, peruntukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) Pengurus stesen dalam skim perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27, N32, N36 turut dimansuhkan.

Tarikh Kuat Kuasa

Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2013.

Pembatalan

Dengan berkuatkuasanya Pekeliling Perkhidmatan ini, maka Skim Perkhidmatan Pengawas Pemulihan, Pengurus Stesen dan Penolong Pegawai Penaksir yang berkuat kuasa melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 adalah dibatalkan.

PP Bil.10/2012 Pekeliling Pemansuhan Skim Perkhidmatan Pengawas Pemulihan, Pengurus Stesen Dan Penolong Pegawai Penaksir

Secara ringkasnya, pekeliling ini bertujuan memaklumkan keputusan Kerajaan mengenai pemansuhan skim perkhidmatan Pengawas Pemulihan, Pengurus Stesen dan Penolong Pegawai Penaksir sedia ada yang diluluskan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002.

Nama Pekeliling : Pemansuhan Skim Perkhidmatan Pengawas Pemulihan, Pengurus Stesen Dan Penolong Pegawai Penaksir

Format Fail : PDF

Download : PP Bil.10/2012 Pekeliling Pemansuhan Skim Perkhidmatan Pengawas Pemulihan, Pengurus Stesen Dan Penolong Pegawai Penaksir

Oleh : Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Malaysia

Vote 5 Stars

Add Comment

error: Content is protected !!