PP Bil.09/2012 Pekeliling Perubahan Nama Skim Perkhidmatan Tukang Masak, Atendan Kesihatan Dan Pemandu Lokomotif Sabah

Tujuan Perubahan Nama Skim Perkhidmatan Tukang Masak, Atendan Kesihatan Dan Pemandu Lokomotif Sabah dikeluarkan

Pekeliling perkhidmatan ini bertujuan memaklumkan keputusan Kerajaan mengenai perubahan nama skim perkhidmatan Tukang Masak, Atendan Kesihatan dan Pemandu Lokomotif Sabah sedia ada yang diluluskan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2009, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2003 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2003.

Latar Belakang

Selaras dengan usaha untuk mengiktiraf, meningkatkan motivasi pegawai dan imej sesuatu perkhidmatan dalam sektor awam, pemakaian nama skim perkhidmatan Tukang Masak, Atendan Kesihatan dan Pemandu Lokomotif Sabah didapati tidak lagi relevan dalam mencerminkan keunikan dan fungsi tugas perkhidmatan tersebut. Sehubungan itu, Kerajaan bersetuju supaya nama skim perkhidmatan Tukang Masak, Atendan Kesihatan dan Pemandu Lokomotif Sabah diubah. Perbekalan-perbekalan lain dalam skim perkhidmatan berkenaan
dikekalkan.

Perubahan Nama Skim Perkhidmatan

Perubahan nama skim perkhidmatan tersebut adalah seperti berikut :-

Berikutan dengan perubahan nama ini, skim-skim perkhidmatan lain iaitu skim perkhidmatan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan, Jururawat Masyarakat, Pembantu Pembedahan Pergigian dan Pembantu Kesihatan Awam yang memperuntuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) dari jawatan Tukang Masak, Atendan Kesihatan dan Pemandu Lokomotif Sabah turut diubah.

Perubahan skim-skim perkhidmatan Tukang Masak, Atendan Kesihatan dan Pemandu Lokomotif Sabah adalah seperti di Lampiran A, Lampiran B dan Lampiran C. Perubahan perbekalan KPSL ke skim perkhidmatan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan, Jururawat Masyarakat, Pembantu Pembedahan Pergigian dan Pembantu Kesihatan Awam adalah seperti di Lampiran D. Format iklan jawatan Tukang Masak, Atendan Kesihatan dan Pemandu
Lokomotif Sabah seperti di Lampiran A1, Lampiran B1 dan Lampiran C1.

Pelaksanaan

Bahagian Pembangunan Organisasi, Jabatan Perkhidmatan Awam akan membuat perubahan nama skim perkhidmatan yang baharu pada Senarai Perjawatan sedia ada.

Tarikh Kuat Kuasa

Pekeliling perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2013.

Pembatalan

Dengan berkuatkuasanya Pekeliling Perkhidmatan ini, maka Skim  Perkhidmatan Tukang Masak Berkuat kuasa pada 2 Julai 2009 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2009, Atenden Kesihatan yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2004 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2003 dan Pemandu Lokomotif Sabah Berkuat Kuasa pada 1 Januari 2003 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 tahn 2003, adalah dibatalkan.

 

Pemakaian

Tertakluk kepada penerimaanya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan Pekeliling Perkhidmatan ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

PP Bil.09/2012 Pekeliling Perubahan Nama Skim Perkhidmatan Tukang Masak, Atendan Kesihatan Dan Pemandu Lokomotif Sabah

Secara ringkasnya, pekeliling ini bertujuan memaklumkan keputusan Kerajaan mengenai perubahan nama skim perkhidmatan Tukang Masak, Atendan Kesihatan dan Pemandu Lokomotif Sabah sedia ada yang diluluskan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2009, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2003 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2003.

Nama Pekeliling : Perubahan Nama Skim Perkhidmatan Tukang Masak, Atendan Kesihatan Dan Pemandu Lokomotif Sabah

Format Fail : PDF

Download : PP Bil.09/2012 Pekeliling Perubahan Nama Skim Perkhidmatan Tukang Masak, Atendan Kesihatan Dan Pemandu Lokomotif Sabah

Oleh : Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Malaysia

Vote 5 Stars

Add Comment

error: Content is protected !!