PP Bil.09/2010 Pekeliling Pelaksanaan Submodul Pengurusan Perhubungan Majikan Pekerja – Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Aplikasi Hrmis

Tujuan Pekeliling Pelaksanaan Submodul Pengurusan Perhubungan Majikan Pekerja – Majlis Bersama Jabatan (Mbj) Aplikasi Hrmis dikeluarkan

Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan memberi panduan dan penjelasan mengenai tindakan yang perlu diambil bagi melaksanakan aplikasi Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) Submodul Pengurusan Perhubungan Majikan Pekerja – MBJ mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2005.

Latar Belakang

Submodul Pengurusan Perhubungan Majikan Pekerja – MBJ adalah salah satu daripada tiga submodul di bawah ModulPengurusan Komunikasi dan Tatatertib Pekerja. Submodul ini mengandungi fungsi-fungsi bagi mewujudkan MBJ, menguruskan isu dan perancangan mesyuarat, menyelenggara ahli-ahli mesyuarat MBJ serta menjana laporan MBJ.

Penerangan mengenai fungsi-fungsi utama yang terdapat dalam Submodul Pengurusan Perhubungan Majikan Pekerja-MBJ adalah seperti Lampiran 1.

Dasar Umum Pelaksanaan Submodul Pengurusan Perhubungan Majikan Pekerja – MBJ

Submodul ini dibangunkan berasaskan dasar dan peraturan Perkhidmatan Awam yang sedang berkuatkuasa sepertimana yang diperuntukkan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1992 dan diterangkan dengan lebih terperinci melalui Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2002 mengenai MBJ di Kementerian/ Jabatan/ Pihak Berkuasa Badan Berkanun/ Pihak Berkuasa Tempatan.

Aliran proses yang dibina dalam submodul ini adalah menjadi prosedur standard untuk diterima pakai oleh semua agensi sektor awam. Pelaksanaan submodul ini melibatkan peralihan dari amalan semasa kepada sistem elektronik melalui HRMIS. Maklumat yang dijana melalui pelaksanaan submodul ini akan digunakan sebagai maklumat rasmi dalam semua urusan MBJ.

Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab memastikan pegawai-pegawai yang berperanan dalam urusan MBJ diberi peranan dan hak capaian seperti berikut:-

(a) Pencadang Isu
Ahli Pihak Pekerja yang dipilih untuk memasukkan isu-isu bagi tujuan perbincangan di Mesyuarat MBJ ke dalam aplikasi HRMIS.
(b) Pengesah Isu
Pengerusi Pihak Pekerja MBJ (Naib Pengerusi MBJ) bertanggungjawab membincang, menyemak dan mengesahkan isu-isu yang perlu dibawa ke Mesyuarat MBJ.
(c) Pelulus Isu
Ketua Jabatan selaku Pengerusi MBJ bertanggungjawab menyemak dan meluluskan isu-isu yang boleh dibawa ke Mesyuarat MBJ mengikut bidang kuasa dan fungsi MBJ.
(d) Urus Setia MBJ Peringkat Agensi
Setiausaha Pihak Pegawai MBJ bertanggungjawab menguruskan semua perkara mengenai MBJ melalui submodul HRMIS.

Ketua Jabatan bertanggungjawab memastikan minit mesyuarat dikemukakan melalui submodul HRMIS ke JPA bagi tujuan pemantauan kecuali bagi kes-kes tertentu dengan kebenaran dan kelulusan khas daripada JPA.

 

Pelaksanaan

Persediaan Pelaksanaan

Bagi memastikan submodul ini dapat dilaksanakan dengan lancar, setiap agensi hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:

(a) menubuhkan Pasukan Teras Submodul Pengurusan Perhubungan Majikan Pekerja – MBJ bagi melicinkan pelaksanaan submodul ini;

(b) menyediakan pelan dan pendekatan pelaksanaan submodul ini di peringkat agensi;

(c) mengenal pasti pegawai untuk setiap peranan mengikut fungsi yang telah ditetapkan dalam submodul ini seperti di Lampiran 1; dan

(d) membuat penyesuaian tugas dan mengemas kini senarai tugas serta fail meja pegawai mengikut peranan dan tanggungjawab pelaksanaan HRMIS.

Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab memastikan Submodul Pengurusan Perhubungan Majikan Pekerja – MBJ dilaksanakan sepenuhnya di agensi masing-masing.

Panduan Pelaksanaan

Bagi membantu pelaksanaan Submodul Pengurusan Perhubungan Majikan Pekerja-MBJ di agensi, bersama-sama ini disertakan “Panduan Pelaksanaan Submodul Pengurusan Perhubungan Majikan Pekerja” dan “Panduan Pengguna Submodul Pengurusan Perhubungan Majikan Pekerja” sebagai rujukan. Panduan ini mengandungi
langkah-langkah pelaksanaan serta tatacara pengendalian sistem pengurusan MBJ secara dalam talian melalui aplikasi HRMIS.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan mengenai Surat Pekeliling Perkhidmatan ini boleh dirujuk kepada:

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam Bahagian Pengurusan Maklumat
Aras 2 & 3, Blok A, Bangunan MKN-Embassy Techzone
Jalan Teknokrat 2
63000 Cyberjaya

Telefon : 03-83211400
Faks : 03-83201967
E-mel : hrmis_helpdesk@jpa.gov.my

Tarikh Kuat Kuasa

Surat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuatkuasa mulai tarikh ia dikeluarkan.

Pemakaian

Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan Surat Pekeliling Perkhidmatan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

PP Bil.09/2010 Pekeliling Pelaksanaan Submodul Pengurusan Perhubungan Majikan Pekerja – Majlis Bersama Jabatan (Mbj) Aplikasi Hrmis

Secara ringkasnya, pekeliling ini bertujuan memberi panduan dan penjelasan mengenai tindakan yang perlu diambil bagi melaksanakan aplikasi Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) Submodul Pengurusan Perhubungan Majikan Pekerja – MBJ mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2005.

Nama Pekeliling : Pelaksanaan Submodul Pengurusan Perhubungan Majikan Pekerja – Majlis Bersama Jabatan (Mbj) Aplikasi Hrmis

Format Fail : PDF

Download : PP Bil.09/2010 Pekeliling Pelaksanaan Submodul Pengurusan Perhubungan Majikan Pekerja – Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Aplikasi Hrmis

Oleh : Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

Add Comment

error: Content is protected !!