Isi Kandungan Pekeliling
Tujuan Pekeliling Pindaan Skim Perkhidmatan Jurukartografi Tujuan dikeluarkan
Pekeliling perkhidmatan ini bertujuan memaklumkan keputusan Kerajaan mengenai pindaan skim perkhidmatan Jurukartografi sedia ada yang diluluskan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2010.
Latar Belakang
Kerajaan telah bersetuju supaya skim perkhidmatan Jurukartografi dipinda bagi memastikan ianya relevan dengan perubahan skop dan fungsi tugas perkhidmatan ukur dan pemetaan. Di samping itu, bidang kartografi juga telah
dikenali dengan nama baharu iaitu geospatial dan digunakan secara meluas di negara maju dan peringkat antarabangsa.
Pindaan
Skim perkhidmatan Jurukartografi yang sedang berkuat kuasa dipinda seperti berikut:-
(a) perubahan nama skim perkhidmatan Jurukartografi kepada Jurugeospatial;
(b) tambahan satu lapisan gred kenaikan pangkat iaitu Gred J54;
(c) tambahan syarat kelayakan masuk di peringkat ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang-bidang remote sensing, geoinformatik, ukur tanah atau bidang berkaitan;
(d) perbekalan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) daripada skim perkhidmatan Penolong Juruukur dengan memenuhi syarat lantikan seperti perenggan 3(c) di atas; dan
(e) peningkatan syarat Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu daripada lulus kepada kepujian.
Perbekalan-perbekalan lain dalam skim perkhidmatan yang sedang berkuat kuasa dikekalkan. Skim perkhidmatan Jurugeospatial dan Penolong Juruukur yang baharu adalah seperti di Lampiran A dan Lampiran B. Format iklan jawatan adalah seperti di Lampiran A1. Penghuraian kerja skim perkhidmatan Jurugeospatial adalah
seperti di Lampiran A2. Jadual Gaji Minimum – Maksimum (JGMM) bagi skim perkhidmatan Jurugeospatial Gred J41, J44, J48, J52, J54 adalah seperti di Lampiran C.
Pelaksanaan
Pegawai Yang Berkhidmat
Semua pegawai yang sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Jurukartografi adalah tertakluk kepada skim perkhidmatan Jurugeospatial yang baharu mulai tarikh kuat kuasa pekeliling perkhidmatan ini. Gred semua pegawai dalam skim perkhidmatan Jurukartografi sedia ada yang dilantik secara tetap akan ditetapkan seperti berikut:
(a) pegawai yang berada di Gred J41 ditetapkan ke Gred J41;
(b) pegawai yang berada di Gred J44 ditetapkan ke Gred J44;
(c) pegawai yang berada di Gred J48 ditetapkan ke Gred J48; dan
(d) pegawai yang berada di Gred J52 ditetapkan ke Gred J52;
Pelantikan Baharu
Semua pelantikan baharu ke skim perkhidmatan Jurugeospatial hendaklah mengguna pakai syarat lantikan baharu yang ditetapkan dalam pekeliling perkhidmatan ini.
Bahagian Pembangunan Organisasi, Jabatan Perkhidmatan Awam akan melaksanakan perubahan jawatan Jurukartografi kepada Jurugeospatial dalam Senarai Perjawatan sedia ada.
Elaun dan Kemudahan
Urusan pertukaran pelantikan ini tidak melibatkan sebarang perubahan elaun dan kemudahan yang diterima oleh Jurugeospatial mengikut pekeliling perkhidmatan/ surat pekeliling perkhidmatan/ surat edaran yang berkuat kuasa.
Tarikh Kuat Kuasa
Pekeliling perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2013.
Pembatalan
Dengan berkuatkuasanya Pekeliling Perkhidmatan ini, maka Skim Perkhidmatan Jurukartografi dan Penolong Juruukur yang berkuat kuasa melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2010 adalah dibatalkan.
Pemakaian
Tertakluk kepada penerimaanya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan Pekeliling Perkhidmatan ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.
PP Bil.08/2012 Pekeliling Pindaan Skim Perkhidmatan Jurukartografi
Secara ringkasnya, pekeliling ini bertujuan memaklumkan keputusan Kerajaan mengenai pindaan skim perkhidmatan Jurukartografi sedia ada yang diluluskan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2010.
Nama Pekeliling : Pindaan Skim Perkhidmatan Jurukartografi Tujuan
Format Fail : PDF
Download :PP Bil.08/2012 Pekeliling Pindaan Skim Perkhidmatan Jurukartografi
Oleh : Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Malaysia