PP Bil.08/2010 Pekeliling Bayaran Insentif Akademik Pensyarah Perubatan Di Institusi Pengajian Tinggi Awam

Tujuan Bayaran Insentif Akademik Pensyarah Perubatan Di Institusi Pengajian Tinggi Awam dikeluarkan

Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk melaksanakan keputusan Kerajaan memberi Bayaran Insentif Akademik Pensyarah Perubatan Di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Latar Belakang

Bayaran Insentif Akademik Pensyarah Perubatan diberi kepada pegawai dalam Skim Perkhidmatan Pensyarah Perubatan Gred DU45, DU51/52, DU53/54, Gred Khas C dan ke atas sebagai penghargaan dan pengiktirafan kepada Pensyarah Perubatan yang menjalankan tugas-tugas pengajaran, pembelajaran, tugas-tugas klinikal (dengan kelulusan kepakaran klinikal) dan tugas-tugas pre-klinikal (tanpa kelulusan kepakaran klinikal).

 

Pelaksanaan

Kelayakan

Pensyarah Perubatan yang layak dibayar Bayaran Insentif Akademik Pensyarah Perubatan Di IPTA adalah pegawai tetap, sementara dan kontrak (contract of service).

Pensyarah Perubatan adalah layak dibayar Bayaran Insentif Akademik Pensyarah Perubatan Di IPTA kecuali bagi pegawai yang berada dalam keadaankeadaan seperti berikut :

(a) Cuti Tanpa Gaji (termasuk Cuti Belajar Tanpa Gaji);
(b) Cuti Separuh Gaji (termasuk Cuti Belajar Separuh Gaji);
(c) Cuti Belajar Bergaji Penuh melebihi 92 hari;
(d) tempoh Cuti Rehat melebihi 28 hari berturut-turut termasuk Hari Rehat Mingguan dan Hari Kelepasan Am;
(e) cuti selain daripada Cuti Rehat yang melebihi 28 hari berturut-turut termasuk Hari Rehat Mingguan dan Hari Kelepasan Am;
(f) kombinasi mana-mana jenis cuti yang melebihi 28 hari berturut-turut termasuk Hari Rehat Mingguan dan Hari Kelepasan Am dan hari-hari tidak hadir bekerja; atau
(g) menjalankan tugas rasmi selain daripada tugas hakiki atas arahan Ketua Jabatan yang melebihi 92 hari berturut-turut.

Kadar Bayaran Insentif  Akademik Pensyarah Perbatan di IPTA

Kadar Bayaran Insentif Akademik Pensyarah Perubatan Di IPTA adalah seperti di jadual berikut:

Pembayaran Bayaran Insentif Akademik Pensyarah Perubatan hendaklah dibuat secara proportionate dalam keadaan di mana perkhidmatan/ penempatan Pensyarah Perubatan tidak genap satu (1) bulan kalendar.

Kaedah pengiraan proportionate Bayaran Insentif Akademik Pensyarah Perubatan ialah seperti berikut:

Tarikh Kuat Kuasa

Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Jun 2010.

Pemakaian

Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Pekeliling Perkhidmatan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri dan Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri).

PP Bil.08/2010 Pekeliling Bayaran Insentif Akademik Pensyarah Perubatan Di Institusi Pengajian Tinggi Awam

Secara ringkasnya, pekeliling ini bertujuan untuk melaksanakan keputusan Kerajaan memberi Bayaran Insentif Akademik Pensyarah Perubatan Di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Nama Pekeliling : Bayaran Insentif Akademik Pensyarah Perubatan Di Institusi Pengajian Tinggi Awam

Format Fail : PDF

Download : PP Bil.08/2010 Pekeliling Bayaran Insentif Akademik Pensyarah Perubatan Di Institusi Pengajian Tinggi Awam

Oleh : Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

Add Comment