PP Bil.07/2017 Pekeliling Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2018

Pekeliling Khas Aidilfitri Tahun 2018

Tujuan Pekeliling Bayaran Khas Aidilfitri 2018 dikeluarkan

Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan untuk memberi Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2018 kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan untuk Hari Raya Aidilfitri tahun 2018.

Latar Belakang

Kerajaan telah memutuskan supaya Bayaran Khas Tahun 2017 sebanyak RM1,000.00 dan Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2018 sebanyak RM500.00 diberi kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di atas keperihatinan Kerajaan menghargai kesetiaan penjawat awam dalam mendokong kemajuan negara serta melaksanakan sistem penyampaian perkhidmatan dengan cekap dan berkesan kepada rakyat.

Kerajaan juga bersetuju memberi Bayaran Khas Tahun 2017 sebanyak RM500.00 dan Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2018 sebanyak RM250.00 kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen.

Pekeliling Perkhidmatan ini adalah bagi maksud menjelaskan mengenai kaedah pelaksanaan Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2018.

 

Pelaksanaan

 

Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2018 sebanyak RM500.00 diberi kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dengan syarat bahawa pegawai telah berada dalam perkhidmatan sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut pada tahun 2018.

Tempoh 30 hari berturut-turut adalah termasuk semua jenis cuti bergaji penuh, semua jenis cuti separuh gaji, semua jenis cuti tanpa gaji, Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am dalam tempoh 1 Januari 2018 hingga 7 Jun 2018.

Pegawai Yang Layak

Tertakluk kepada perenggan 5 dan 6 di atas, pegawai yang layak diberi Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2018 adalah seperti berikut :

  • Pegawai lantikan tetap, sementara dan contract of service1;
  • Pegawai yang bercuti bergaji penuh;
  • Pegawai yang bercuti separuh gaji;
  • Pegawai yang bercuti tanpa gaji; dan
  • Pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan
    pengurusan saraannya.

Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2018 juga dipanjangkan kepada:

  • Guru interim;
  • Pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya; dan
  • Pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman berdasarkan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 dan Akta Saraan Hakim 1971.

Pegawai Yang Tidak Layak

Pegawai yang tidak layak diberi Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2018 adalah :

  • Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib dalam tempoh 1 Januari 2018 hingga 7 Jun 2018;
  • Pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dalam tempoh 1 Januari 2018 hingga 7 Jun 2018; dan
  • Pegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 1 Januari 2018 hingga 7 Jun 2018.

Pegawai yang ditangguhkan Bayaran Khas Aidilfitri

Pegawai yang ditahan kerja, digantung kerja atau surat pertuduhan telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib ditangguhkan Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2018 ini. Pegawai hanya layak diberi Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2018 sekiranya Pihak Berkuasa Tatatertib mendapati pegawai tersebut tidak bersalah.

Pekerja Sambilan harian (PSH)

Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2018 sebanyak RM500.00 dipanjangkan kepada Pekerja Sambilan Harian (PSH) yang masih berkhidmat pada 7 Jun 2018 dengan syarat tempoh kontraknya telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut dalam tempoh 1 Januari 2018 hingga 7 Jun 2018.

Pesara

Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2018 kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen dan penerima pencen terbitan di bawah undang-undang pencen akan dibayar sebanyak RM250.00 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

Pegawai Perkhidmatan Awam yang bersara dalam tempoh 1 Januari 2018 hingga 7 Jun 2018 layak diberi Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2018 sebanyak RM500.00 dengan syarat pegawai telah berkhidmat sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut. Pembayaran sebanyak RM250.00 akan dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan bakinya sebanyak RM250.00 akan dibayar oleh jabatan terakhir pegawai berkhidmat.

Pesara Perkhidmatan Awam yang dilantik semula secara contract of service dalam tempoh 1 Januari 2018 hingga 7 Jun 2018 layak diberi Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2018 sebanyak RM500.00 dengan syarat pegawai telah berkhidmat sekurangkurangnya 30 hari berturut-turut. Pembayaran sebanyak RM250.00 akan dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan bakinya sebanyak RM250.00 akan dibayar oleh jabatan di mana pegawai sedang berkhidmat.

Tempoh 30 hari berturut-turut yang dimaksudkan adalah termasuk semua jenis cuti bergaji penuh, semua jenis cuti separuh gaji, semua jenis cuti tanpa gaji, Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am dalam tempoh 1 Januari 2018 hingga 7 Jun 2018.

Pegawai Meninggal Dunia Dalam Perkhidmatan

Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari 2018 hingga 7 Jun 2018 layak diberi Bayaran Khas Tahun 2018 sebanyak RM500.00 dengan syarat pegawai telah berada dalam perkhidmatan sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut.

Pembayaran kepada mana-mana penerima pencen terbitan yang layak di bawah undang-undang pencen sebanyak RM250.00 akan dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan bakinya sebanyak RM250.00 akan dibayar oleh jabatan terakhir pegawai berkhidmat.

Tempoh 30 hari berturut-turut yang dimaksudkan adalah termasuk semua jenis cuti bergaji penuh, semua jenis cuti separuh gaji, semua jenis cuti tanpa gaji, Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am dalam tempoh 1 Januari 2018 hingga 7 Jun 2018.

Tarikh Pembayaran

Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2018 ini akan dibayar pada 7 Jun 2018.

Tanggugnjawab Pemabayaran

Bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang sedang berkhidmat pembayaran Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2018 ini adalah tanggungan jabatan di mana pegawai sedang berkhidmat manakala bagi pesara Kerajaan, pembayaran tersebut adalah tanggungan Jabatan Perkhidmatan Awam.

Tarikh Kuat Kuasa

Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai tarikh ia dikeluarkan.

Pemakaian

Tertakluk kepada penerimaanya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan Pekeliling Perkhidmatan ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

PP Bil.01/2017 Pekeliling Bayaran Khas Aidilfitri 2018

Secara ringkasnya, pekeliling ini mengenai pemberitahuan tentang pembayaran khas aidilfitri 2018 kepada pegawai perkhidmatan awam sempena perayaan nanti.

Nama Pekeliling : Bayaran Khas Aidilfitri 2018 

Format Fail : PDF

Download : PP Bil.07/2017 Pekeliling Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2018

Oleh : Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

Vote 5 Stars

Add Comment

error: Content is protected !!