PP Bil.07/2016 Pekeliling Kemajuan Kerjaya Laluan Pakar Bidang Khusus (Subject Matter Expert – Sme) Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan

Tujuan Pekeliling Kemajuan Kerjaya Laluan Pakar Bidang Khusus (Subject Matter Expert Sme) Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dikeluarkan

Pekeliling perkhidmatan ini bertujuan menjelaskan kaedah pelaksanaan kemajuan kerjaya laluan Pakar Bidang Khusus (Subject Matter Expert – SME) bagi mengiktiraf pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang memiliki keupayaan intelektual dan kepakaran yang tinggi, berpengalaman luas dalam bidang kepakaran serta menjadi sumber rujukan dalam dan luar organisasinya ke arah memastikan pengekalan bakat terbaik dan berkepakaran tinggi dalam perkhidmatan awam.

Dasar SME

Pegawai awam yang mempunyai keupayaan intelektual, kepakaran yang tinggi, berpengalaman luas serta menjadi sumber rujukan dalam dan luar organisasinya layak diiktiraf sebagai pegawai SME oleh Lembaga Kenaikan Pangkat (LKP) melalui pemangkuan/ kenaikan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP) tertakluk melepasi tapisan kepakaran yang ketat.

Pegawai SME perlu melaksanakan Penugasan Khas Pakar Bidang Khusus (SME Special Assignment – SSA) di samping tugasan hakiki berdasarkan jawatan bagi tujuan pengekalan dan peningkatan di laluan SME.

Garis Panduan Pelaksanaan Laluan SME

Garis panduan pelaksanaan kemajuan kerjaya laluan SME bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dijelaskan seperti di lampiran.

Pengecualian

Sebarang pengecualian dalam pelaksanaan laluan SME selain daripada ketetapan yang terkandung di dalam pekeliling perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada kelulusan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

Tarikh Kuat Kuasa

Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai tarikh ia dikeluarkan.

Pemakaian

Tertakluk kepada penerimaanya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan Pekeliling Perkhidmatan ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

PP Bil.07/2016 Pekeliling Kemajuan Kerjaya Laluan Pakar Bidang Khusus (Subject Matter Expert – Sme) Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan

Secara ringkasnya, pekeliling ini

bertujuan menjelaskan kaedah pelaksanaan kemajuan kerjaya laluan Pakar Bidang Khusus (Subject Matter Expert – SME) bagi mengiktiraf pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang memiliki keupayaan intelektual dan kepakaran yang tinggi, berpengalaman luas dalam bidang kepakaran serta menjadi sumber rujukan dalam dan luar organisasinya ke arah memastikan pengekalan bakat terbaik dan berkepakaran tinggi dalam perkhidmatan awam.

Nama Pekeliling : Kemajuan Kerjaya Laluan Pakar Bidang Khusus (Subject Matter Expert – Sme) Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan

Format Fail : PDF

Download : PP Bil.07/2016 Pekeliling Kemajuan Kerjaya Laluan Pakar Bidang Khusus (Subject Matter Expert – Sme) Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan

Oleh : Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

Vote 5 Stars

Add Comment

error: Content is protected !!