PP Bil.07/2012 Pekeliling Pindaan Skim Perkhidmatan Juruterbang/ Pemeriksa Juruterbang Dan Pemeriksa Kapal Terbang

Tujuan Pekeliling Pindaan Skim Perkhidmatan Juruterbang/ Pemeriksa Juruterbang Dan Pemeriksa Kapal Terbang dikeluarkan

Pekeliling perkhidmatan ini bertujuan memaklumkan keputusan Kerajaan mengenai pindaan skim perkhidmatan Juruterbang/ Pemeriksa Juruterbang sedia ada yang diluluskan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 dan skim perkhidmatan Pemeriksa Kapal Terbang sedia ada yang diluluskan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2010.

Latar Belakang

Selaras dengan tuntutan keperluan sumber manusia yang mahir dan berprestasi tinggi, Kerajaan telah memutuskan agar kedua-dua skim perkhidmatan ini ditambah baik untuk menarik calon menyertai sektor penerbangan awam. Penambahbaikan kedua-dua skim perkhidmatan ini juga bertujuan mengekalkan kepakaran pegawai yang terlatih dan berpengalaman daripada berhijrah ke sektor swasta yang menawarkan gaji dan kemudahan yang lebih baik.

Sejajar dengan usaha memperkemas kedua-dua skim perkhidmatan ini, Kerajaanbersetuju supaya syarat lantikan dan syarat kenaikan pangkat skim perkhidmatan Juruterbang/ Pemeriksa Juruterbang dan Pemeriksa Kapal Terbang diubah.

Pindaan

Skim perkhidmatan Juruterbang/ Pemeriksa Juruterbang dan Pemeriksa Kapal Terbang yang sedang berkuat kuasa dipinda seperti berikut:

a) perubahan syarat lantikan skim perkhidmatan Juruterbang/ Pemeriksa Juruterbang seperti berikut:

b) peruntukan syarat kenaikan pangkat tanpa kekosongan jawatan bagi skim perkhidmatan Juruterbang/ Pemeriksa Juruterbang Gred A41, A44, A48, A52, A54 dan Pemeriksa Kapal Terbang Gred A41, A44, A48, A52, A54; dan

c) peruntukan kemasukan secara lateral sehingga Gred 53 bagi skim perkhidmatan Juruterbang/ Pemeriksa Juruterbang dan Pemeriksa Kapal Terbang.

Perbekalan-perbekalan lain dalam skim perkhidmatan yang sedang berkuat kuasa dikekalkan. Perubahan skim-skim perkhidmatan Juruterbang/ Pemeriksa Juruterbang dan Pemeriksa Kapal Terbang adalah seperti di Lampiran A dan Lampiran B. Format-format iklan yang diubah adalah seperti di Lampiran A1 dan Lampiran B1. Jadual Gaji
Minimum – Maksimum (JGMM) bagi skim perkhidmatan Juruterbang/ Pemeriksa Juruterbang Gred A41, A43/44, A47/48, A51/52, A53/54 dan Pemeriksa Kapal Terbang Gred A41, A43/44, A47/48, A51/52, A53/54 adalah seperti di Lampiran C.

Pelaksanaan

Pegawai Sedang Berkhidmat

Semua pegawai yang sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Juruterbang/ Pemeriksa Juruterbang dan Pemeriksa Kapal Terbang adalah tertakluk kepada skim perkhidmatan Juruterbang/ Pemeriksa Juruterbang dan Pemeriksa Kapal Terbang yang baharu mulai tarikh kuat kuasa pekeliling perkhidmatan ini. Gred semua pegawai dalam skim perkhidmatan Juruterbang/ Pemeriksa Juruterbang dan Pemeriksa Kapal Terbang sedia ada yang dilantik secara tetap akan ditetapkan seperti berikut:

Juruterbang/ Pemeriksa Juruterbang
(a) pegawai yang berada di Gred A41 ditetapkan ke Gred A41;
(b) pegawai yang berada di Gred A44 ditetapkan ke Gred A44;
(c) pegawai yang berada di Gred A48 ditetapkan ke Gred A48;
(d) pegawai yang berada di Gred A52 ditetapkan ke Gred A52;
(e) pegawai yang berada di Gred A54 ditetapkan ke Gred A54; dan
(f) pegawai yang berada dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi ditetapkan ke gred yang sama.

Pemeriksa Kapal Terbang
(a) pegawai yang berada di Gred A41 ditetapkan ke Gred A41;
(b) pegawai yang berada di Gred A44 ditetapkan ke Gred A44;
(c) pegawai yang berada di Gred A48 ditetapkan ke Gred A48;
(d) pegawai yang berada di Gred A52 ditetapkan ke Gred A52;
(e) pegawai yang berada di Gred A54 ditetapkan ke Gred A54; dan
(f) pegawai yang berada dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi ditetapkan ke gred yang sama.

Pelantikan Baharu

Semua pelantikan baharu ke skim perkhidmatan Juruterbang/ Pemeriksa Juruterbang dan Pemeriksa Kapal Terbang hendaklah mengguna pakai syarat lantikan baharu yang ditetapkan dalam pekeliling perkhidmatan ini.

Kenaikan Pangkat

Perbekalan kenaikan pangkat tanpa kekosongan jawatan bagi kedua-dua skim perkhidmatan ini hendaklah berdasarkan kepada kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan dan syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat dari semasa ke semasa.

Bahagian Pembangunan Organisasi, Jabatan Perkhidmatan Awam akan melaksanakan perubahan jawatan Juruterbang/ Pemeriksa Juruterbang dan Pemeriksa Kapal Terbang dalam Senarai Perjawatan sedia ada.

Elaun dan Kemudahan

Juruterbang/ Pemeriksa Juruterbang dan Pemeriksa Kapal Terbang akan menerima elaun dan kemudahan mengikut pekeliling perkhidmatan/ surat pekeliling perkhidmatan/surat edaran yang sedang berkuat kuasa di bawah skim perkhidmatan Juruterbang/ Pemeriksa Juruterbang dan skim perkhidmatan Pemeriksa Kapal Terbang.

Tarikh Kuat Kuasa

Pekeliling perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2013.

Pembatalan

Dengan berkuat kuasa pekeliling perkhidmatan ini, maka skim perkhidmatan juruterbang/ pemeriksa juruterbang yang berkuat kuasa melalui pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 serta Skim Perkhidmatan Pemeriksa Kapal Terbang yang berkuat kuasa melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 tahun 2010 adalah dibatalkan.

Pemakaian

Tertakluk kepada penerimaanya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan Pekeliling Perkhidmatan ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

PP Bil.07/2012 Pekeliling Pindaan Skim Perkhidmatan Juruterbang/ Pemeriksa Juruterbang Dan Pemeriksa Kapal Terbang

Secara ringkasnya, pekeliling ini bertujuan memaklumkan keputusan Kerajaan mengenai pindaan skim perkhidmatan Juruterbang/ Pemeriksa Juruterbang sedia ada yang diluluskan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 dan skim perkhidmatan Pemeriksa Kapal Terbang sedia ada yang diluluskan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2010.

Nama Pekeliling : Pindaan Skim Perkhidmatan Juruterbang/ Pemeriksa Juruterbang Dan Pemeriksa Kapal Terbang

Format Fail : PDF

Download : PP Bil.07/2012 Pekeliling Pindaan Skim Perkhidmatan Juruterbang/ Pemeriksa Juruterbang Dan Pemeriksa Kapal Terbang

Oleh : Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

Vote 5 Stars

Add Comment

error: Content is protected !!