PP Bil.07/2010 Pekeliling Panduan Pengurusan Pemangkuan Dan Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Awam

Tujuan Pekeliling Panduan Pengurusan Pemangkuan Dan Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Awam dikeluarkan

Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan memberikan panduan mengenai dasar, peraturan dan kaedah pelaksanaan pemangkuan dan kenaikan pangkat serta rayuan pemangkuan dan kenaikan pangkat dalam perkhidmatan awam.

Latar Belakang

Dasar dan peraturan pemangkuan dan kenaikan pangkat dalam perkhidmatan awam adalah berasaskan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005], Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam, 2010 [P.U.(A) 75/2010] dan Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran, 2010 [P.U.(A) 24/2010].

Selain itu, dasar dan peraturan pemangkuan, kenaikan pangkat dan rayuan pemangkuan dan kenaikan pangkat juga dijelaskan dalam Pekeliling Perkhidmatan, Surat Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Edaran seperti berikut:

(a) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 1993 – Peraturan Mengenai Pemangkuan dan Penanggungan Kerja;

(b) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1986 – Penyiaran Keputusan Urusan Kenaikan Pangkat;

(c) Surat Edaran: JPA.SULIT.NP 134/1 Klt. 5 (13) bertarikh 24 Oktober 1997 – Kaedah Baru Pengendalian Urusan Kenaikan Pangkat / Pemangkuan ke Gred 2 dan Gred 1 Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan (Tidak Termasuk Anggota Polis, Tentera dan PegawaiUndang-Undang); dan

(d) Surat Edaran: JPA.SULIT.NP.134/1/KLT.13 (21) bertarikh 6 Mac 2007 – Kaedah Pemangkuan Melangkaui Gred.

Panduan Pengurusan Pemangkuan Dan Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Awam

Dasar dan peraturan pemangkuan dan kenaikan pangkat perlu diperkemaskan untuk disesuaikan dengan peraturan semasa yang sedang berkuat kuasa bagi memantapkan pelaksanaannya di peringkat kementerian dan jabatan. Dasar dan peraturan yang telah dikemaskini adalah sebagaimana yang dijelaskan dalam Panduan Pengurusan Pemangkuan Dan Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Awam di lampiran berkembar.

 

Kekecualian

Sebarang pengecualian daripada mana-mana peruntukan dalam Pekeliling Perkhidmatan ini hendaklah dirujuk kepada Bahagian Perkhidmatan, JPA bagi mendapatkan pertimbangan dan kelulusan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

 

Tarikh Kuat Kuasa

Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai tarikh ia dikeluarkan.

Pekeliling Perkhidmatan ini hendaklah dibaca bersekali dengan Peraturan- Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005], Peraturan-Peraturan Lembaga KenaikanPangkat Perkhidmatan Awam 2010 [P.U. (A) 75/2010], Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran 2010 [P.U.(A) 24/2010], Pekeliling Perkhidmatan Bil. 14 Tahun 2007, Kaedah Penetapan Gaji Permulaan dan Pelarasan Gaji Kenaikan Pangkat dan peraturan-peraturan lain yang sedang berkuat kuasa.

Pembatalan

Dengan berkuat kuasanya Pekeliling Perkhidmatan ini, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 1993, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1986, Surat Edaran : JPA.SULIT.NP 134/1 Klt. 5 (13) bertarikh 24 Oktober 1997 dan Surat Edaran: JPA.SULIT.NP.134/1/KLT.13 (21) bertarikh 6 Mac 2007 adalah dibatalkan.

Pemakaian

Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan Pekeliling Perkhidmatan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

PP Bil.07/2010 Pekeliling Panduan Pengurusan Pemangkuan Dan Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Awam

Secara ringkasnya, pekeliling ini bertujuan memberikan panduan mengenai dasar, peraturan dan kaedah pelaksanaan pemangkuan dan kenaikan pangkat serta rayuan pemangkuan dan kenaikan pangkat dalam perkhidmatan awam.

Nama Pekeliling : Panduan Pengurusan Pemangkuan Dan Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Awam

Format Fail : PDF

Download : PP Bil.07/2010 Pekeliling Panduan Pengurusan Pemangkuan Dan Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Awam

Oleh : Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

Vote 5 Stars

Add Comment

error: Content is protected !!