PP Bil.06/2014 Pekeliling Imbuhan Tahunan Dan Bayaran Khas Prestasi Tahun 2014

Tujuan Pekeliling Imbuhan Tahunan Dan Bayaran Khas Prestasi Tahun 2014 dikeluarkan

Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan untuk memberi Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi Tahun 2014 kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan.

Latar Belakang

Kerajaan telah membuat keputusan supaya Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi Tahun 2014 dibayar sebagai penghargaan kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan. Kadar Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi Tahun 2014 yang ditetapkan adalah sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM500.00.

Imbuhan Tahunan dibayar kepada pegawai dalam Kumpulan Pelaksana serta Kumpulan Pengurusan dan Profesional, manakala Bayaran Khas Prestasi dibayar kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi.

 

Pelaksanaan

Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi ini diberi kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang berkhidmat pada tahun 2014 tertakluk kepada syarat bahawa pegawai telah berkhidmat sekurang-kurangnya
30 hari berturut-turut termasuk Cuti Rehat, Cuti Sakit, Hari Rehat Mingguan dan Hari Kelepasan Am dalam tempoh 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2014.

Pegawai Yang Layak

Pegawai yang layak dibayar Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi Tahun 2014 adalah seperti berikut:
a. pegawai lantikan tetap, sementara, contract of service dan guru interim;
b. pegawai yang bercuti separuh gaji;
c. pegawai yang bercuti tanpa gaji/ dipinjamkan ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya/ badan antarabangsa/ syarikat swasta tetapi tidak sepanjang tahun 2014;
d. pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya; dan
e. pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan YA Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman berdasarkan Akta Ahli Parlimen(Saraan) 1980 dan Akta Saraan Hakim 1971.

Imbuhan Tahunan sebanyak setengah bulan gaji purata atau minimum RM500.00 dipanjangkan kepada Pekerja Sambilan Harian yang tempoh kontraknya telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut pada tahun 2014.

Pegawai Yang Tidak Layak

Pegawai yang tidak layak dibayar Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi Tahun 2014 adalah seperti berikut:
a. pegawai yang berkhidmat kurang daripada 30 hari berturut-turut dalam tahun 2014;
b. pegawai yang bercuti tanpa gaji sepanjang tahun 2014;
c. pegawai yang dipinjamkan ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya/ badan antarabangsa/ syarikat swasta sepanjang tahun 2014;
d. pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib selain daripada hukuman amaran dalam tahun 2014;
e. pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dalam tahun 2014; dan
f. pegawai yang meletak jawatan dalam tahun 2014.

Pegawai Yang Ditangguhkan Pemberian Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi

Pegawai yang ditahan kerja, digantung kerja atau surat pertuduhan telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib, ditangguhkan pemberian Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi. Pegawai hanya layak dibayar Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi sekiranya Pihak Berkuasa Tatatertib mendapati pegawai tersebut tidak bersalah atau pegawai hanya dikenakan hukuman amaran.

Syarat Pembayaran

Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi ini dibayar kepada pegawai yang berkhidmat dalam tahun 2014 tertakluk kepada syarat bahawa pegawai telah berkhidmat sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut termasuk Cuti Rehat, Cuti Sakit, Hari Rehat Mingguan dan Hari Kelepasan Am dalam tempoh 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2014.

Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi ini akan dibayar pada 22 Januari 2015. Pembayaran adalah berdasarkan gaji bulan Disember 2014 atau gaji akhir bulanan yang diterima pada tahun 2014.

Bagi tujuan pengiraan kadar kelayakan Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi, “gaji” adalah bermaksud seperti berikut:
a. gaji pokok;
b. gaji pokok di gred hakiki dan Elaun Pemangkuan bagi pegawai yang memangku sesuatu jawatan;
c. gaji yang diberi atas sebab peminjaman/ pertukaran sementara;
d. separuh daripada gaji pokok bagi pegawai bercuti separuh gaji; dan
e. Elaun Bulanan bagi guru interim.

Kaedah Pengiraan

Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi Tahun 2014 sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM500.00 adalah dibayar secara pro-rata (proportionate) berdasarkan bilangan hari yang layak tertakluk kepada syarat
bahawa pegawai telah berkhidmat sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut termasuk Cuti Rehat, Cuti Sakit, Hari Rehat Mingguan dan Hari Kelepasan Am dalam tempoh 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2014. Contoh pengiraan adalah seperti di Lampiran A.

Pegawai yang dinaikkan pangkat/ dilantik secara Peningkatan Secara Lantikan (PSL)/ dipinjamkan/ ditukar sementara/ bertukar skim perkhidmatan pada tahun 2014, perkiraan Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi hendaklah berdasarkan gaji bulan Disember 2014 atau gaji akhir bulanan yang diterima pada tahun 2014. Contoh pengiraan adalah seperti di Lampiran B.

Bagi pegawai berpencen yang bersara/ meninggal dunia pada tahun 2014, Imbuhan Tahunan atau Bayaran Khas Prestasi Tahun 2014 sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM500.00 adalah dibayar oleh jabatan terakhirnya secara pro-rata (proportionate) berdasarkan bilangan hari yang layak tertakluk kepada syarat bahawa pegawai telah berkhidmat sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut termasuk Cuti Rehat, Cuti Sakit, Hari Rehat Mingguan dan Hari Kelepasan Am dalam tahun 2014. Jumlah Imbuhan Tahunan patut terima hendaklah diselaraskan (journalise) dengan Bayaran Bantuan Khas sebanyak RM250.00 yang akan dibayar oleh Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam. Contoh pengiraan adalah seperti di Lampiran C.

Bagi pegawai tidak berpencen yang bersara/ meninggal dunia pada tahun 2014, Imbuhan Tahunan atau Bayaran Khas Prestasi Tahun 2014 sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM500.00 adalah dibayar oleh jabatan
terakhirnya secara pro-rata (proportionate) berdasarkan bilangan hari yang layak tertakluk kepada syarat bahawa pegawai telah berkhidmat sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut termasuk Cuti Rehat, Cuti Sakit, Hari Rehat Mingguan dan Hari Kelepasan Am dalam tahun 2014. Contoh pengiraan adalah seperti di Lampiran D.

Pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan yang dilantik semula secara contract of service dan masih berkhidmat pada tahun 2014 layak dibayar Imbuhan Tahunan atau Bayaran Khas Prestasi Tahun 2014 berdasarkan gaji bulan Disember 2014 atau gaji akhir bulanan yang diterima pada tahun 2014. Jumlah Imbuhan Tahunan patut terima hendaklah diselaraskan (journalise) dengan Bayaran Bantuan Khas sebanyak RM250.00 yang akan dibayar oleh Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam. Contoh pengiraan adalah seperti di Lampiran E.

Bagi Pekerja Sambilan Harian, Imbuhan Tahunan adalah sebanyak setengah bulan gaji berdasarkan purata gaji bulanan atau kadar minimum sebanyak RM500.00 tertakluk kepada tempoh kontraknya telah berkuat kuasa sekurangkurangnya 30 hari berturut-turut dalam tahun 2014. Contoh pengiraan adalah
seperti di Lampiran F.

Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi ini tidak boleh diselaraskan jika berlaku apa-apa keputusan dasar mengenai pelarasan gaji selepas 31 Disember 2014. Dalam keadaan di mana sesuatu keputusan dasar pelarasan gaji
dalam tahun 2014 masih tidak dilaksanakan kerana kelewatan pentadbiran, pegawai layak diberi pelarasan Imbuhan Tahunan atau Bayaran Khas Prestasi.

Jabatan Yang Membayar

Pembayaran Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi Tahun 2014 adalah menjadi tanggungan jabatan di mana pegawai berkhidmat pada bulan pembayaran.

Bagi pegawai yang bersara atau meninggal dunia dalam tahun 2014, bayaran Imbuhan Tahunan atau Bayaran Khas Prestasi adalah menjadi tanggungan jabatan terakhir pegawai berkhidmat.

Tarikh Kuat Kuasa

Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai tarikh ia dikeluarkan.

Pemakaian

Tertakluk kepada penerimaanya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan Pekeliling Perkhidmatan ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

PP Bil.06/2014 Pekeliling Imbuhan Tahunan Dan Bayaran Khas Prestasi Tahun 2014

Secara ringkasnya, pekeliling ini mengenai penambahbaikan proses bayaran balik pembaharuan lesen memandu agar lebih berkesan.

Nama Pekeliling : Imbuhan Tahunan Dan Bayaran Khas Prestasi Tahun 2014

Format Fail : PDF

Download : PP Bil.06/2014 Pekeliling Imbuhan Tahunan Dan Bayaran Khas Prestasi Tahun 2014 

Oleh : Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

Add Comment

error: Content is protected !!