SPP Bil.06/2013 Pekeliling Peruntukan Dan Pengakaunan Perbelanjaan, Hasil Dan Akaun Amanah Bagi Tahun 2013 Berikutan Penyusunan Semula Kementerian

Tujuan Pekeliling Peruntukan Dan Pengakaunan Perbelanjaan, Hasil Dan Akaun Amanah Bagi Tahun 2013 Berikutan Penyusunan Semula Kementerian

Pekeliling ini bertujuan untuk menjelaskan peraturan mengenai pengurusan perbelanjaan, perakaunan, hasil dan akaun amanah untuk tahun 2013 bagi kementerian yang terlibat dengan penyusunan semula kementerian berkuat kuasa mulai 16 Mei 2013.

Latar Belakang

YAB Perdana Menteri telah mengumumkan penyusunan semula kementerian termasuk pewujudan/pembubaran kementerian berkuat kuasa mulai 16 Mei 2013. Penyusunan semula kementerian memerlukan penyelarasan terhadap pengurusan, perbelanjaan, perakaunan, hasil dan akaun amanah. Kementerian/Jabatan yang terlibat adalah seperti berikut:-

i. Kementerian Pengajian Tinggi (Kementerian Penyerah Tugas) digabungkan dengan Kementerian Pelajaran Malaysia yang kini dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia (Kementerian Penerima Tugas);

ii. jabatan dan agensi berkaitan kebudayaan di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (Kementerian Penyerah Tugas) dipindahkan ke Kementerian Pelancongan (Kementerian Penerima Tugas). Nama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dikenali kini sebagai Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Manakala Kementerian Pelancongan dikenali sebagai Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan; dan

iii. fungsi kesejahteraan bandar di Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (Kementerian
Penyerah Tugas) dipindahkan ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Kementerian Penerima Tugas).
Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar kini dikenali sebagai Kementerian Wilayah Persekutuan manakala Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dikenali sebagai Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Senarai program/fungsi kementerian yang terlibat dalam penyusunan semula tersebut adalah seperti di Lampiran A.

Pelarasan Perbelanjaan Dan Perakaunan

Selaras dengan tatacara penyediaan Akaun Awam Kerajaan Persekutuan, Kementerian Penyerah Tugas dan Kementerian Penerima Tugas perlu melaporkan peruntukan dan perbelanjaan kementerian yang terlibat dengan penyusunan semula seperti berikut :-

i. perbelanjaan yang berpunca daripada transaksi yang berlaku dari 1 Januari hingga 15 Mei 2013 hendaklah diakaunkan di bawah Kementerian Penyerah Tugas; dan
ii. perbelanjaan yang berpunca daripada transaksi yang berlaku dari 16 Mei hingga 31 Disember 2013 hendaklah diakaunkan di bawah Kementerian Penerima Tugas.

Selaras dengan keperluan di perenggan 3, kementerian terlibat hendaklah mengambil tindakan berikut :-

i. bagi memastikan semua urusan Kerajaan berjalan dengan licin sementara urusan penyusunan semula selesai, Kementerian Penyerah Tugas dibenarkan meneruskan pembayaran tanggungan hingga 15 Julai 2013;
ii. bagi semua tanggungan Kementerian Penyerah Tugas termasuk emolumen yang belum dijelaskan, bayaran ini
hendaklah dicaj kepada Kementerian Penerima Tugas mulai 16 Julai 2013;
iii. pelarasan akaun hendaklah dibuat kemudian bagi urusan di perenggan 3(ii) dan 4(i) di atas;
iv. Kementerian Penerima Tugas hendaklah menyelenggara buku vot bagi merekod dan mengawal segala                   v. perbelanjaan yang dilakukan oleh Kementerian Penyerah Tugas; dan perbelanjaan ini hendaklah menggunakan Kod Maksud dan Jabatan seperti di Lampiran A.

Kementerian Kewangan akan menyelaras pengubahsuaian peruntukan untuk dibentangkan dalam sesi Parlimen yang akan datang.

 

Terimaan Hasil

Pegawai Pengawal Kementerian Penerima Tugas hendaklah melantik Pegawai Pemungut Hasil bagi fungsi yang diambil alih olehnya. Terimaan hasil hendaklah diakaunkan seperti berikut:-

i. segala terimaan dari 16 Mei hingga 15 Julai 2013 hendaklah diakaunkan di bawah Kementerian Penyerah Tugas;
ii. segala terimaan dari 16 Julai hingga 31 Disember 2013 hendaklah diakaunkan di bawah Kementerian Penerima Tugas; dan
iii. pelarasan akaun hendaklah dibuat bagi urusan di perenggan 6(i) di atas.

Kumpulan Wang Amanah/Akaun Amanah

Pegawai Pengawal yang terlibat dengan penyusunan semula ini adalah bertanggungjawab untuk mengemukakan cadangan Surat Ikatan Amanah dan Arahan Akaun Amanah yang dikemaskini kepada Perbendaharaan untuk kelulusan. Urusan pengemaskinian tersebut mestilah tidak mengubah tujuan dan maksud penubuhan kumpulan wang amanah atau akaun amanah berkenaan.

Pegawai Pengawal Kementerian Penerima Tugas adalah bertanggungjawab untuk menyelaras mana-mana akaun amanah yang berkaitan yang diambil alih dari Kementerian Penyerah Tugas.

Pengurusan Perolehan

Lembaga Perolehan Kementerian yang terlibat dengan penyusunan semula (pembubaran) adalah dengan sendirinya terbatal. Perolehan secara tender yang diuruskan oleh Kementerian Penyerah Tugas yang belum diputuskan, hendaklah diputuskan oleh Lembaga Perolehan Kementerian Penerima Tugas.

Tarikh Kuat Kuasa

Pekeliling ini berkuat kuasa mulai 16 Mei 2013.

 

PP Bil.06/2013 Pekeliling Peruntukan Dan Pengakaunan Perbelanjaan, Hasil Dan Akaun Amanah Bagi Tahun 2013 Berikutan Penyusunan Semula Kementerian

Secara ringkasnya, pekeliling ini bertujuan untuk menjelaskan peraturan mengenai pengurusan perbelanjaan, perakaunan, hasil dan akaun amanah untuk tahun 2013 bagi kementerian yang terlibat dengan penyusunan semula kementerian berkuat kuasa mulai 16 Mei 2013.

Nama Pekeliling : Peruntukan Dan Pengakaunan Perbelanjaan, Hasil Dan Akaun Amanah Bagi Tahun 2013 Berikutan Penyusunan Semula Kementerian.

Format Fail : PDF

Download : PP Bil.06/2013 Pekeliling Peruntukan Dan Pengakaunan Perbelanjaan, Hasil Dan Akaun Amanah Bagi Tahun 2013 Berikutan Penyusunan Semula Kementerian

Oleh : Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia

Add Comment

error: Content is protected !!